SEPASANG suami isteri mengaku bersalah atas pertuduhan mendera kanak-kanak berusia empat tahun di Mahkamah Sesyen Bandar Baru Bangi hari ini.
Pasangan berkenaan mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadap mereka di hadapan Hakim Effandi Nazila Abdullah.
Pada prosiding hari ini, pendakwaan terhadap pasangan itu dibuat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.
Ia membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Mahkamah kemudian menangguhkan sebentar bagi hukuman dan fakta kes.

Baca artikel berkaitan: Suami isteri dera kanak-kanak dengan penyangkut baju, penyapu dan pemetik api didakwa esok
Terdahulu, video kanak-kanak berkenaan tular di media sosial yang mana menunjukkan tertuduh menggunakan batang penyapu dan pengangkut baju memukul mangsa.
Pasangan suami isteri itu kemudian ditahan di sebuah rumah di Beranang pada 22 Julai lalu selepas menerima aduan daripada orang awam pada hari yang sama.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

