pegawai

POLIS Kelantan berjaya merampas rokok seludup bernilai kira-kira RM1.64 juta termasuk cukai yang ditemukan di dalam sebuah kereta yang ditinggalkan di tebing sungai dekat Kampung Pasir Pekan Tengah, Wakaf Bharu di Tumpat, awal pagi semalam.

Pemangku Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, sepasukan pegawai dan anggota Batalion 7 Pasukan Gerakan Am yang membuat rondaan sekitar kawasan itu pada mulanya terserempak dengan kereta dipandu laju menuju ke Kampung Pasir Pekan Tengah, Wakaf Bharu, Tumpat dalam keadaan mencurigakan.

Baca artikel berkaitan: Pasangan suami isteri ditahan, polis rampas dadah bernilai RM2 juta di Ipoh

Beliau berkata, beberapa minit kemudiannya kereta itu ditemukan di tebing sungai kawasan kampung berkenaan pada pukul 3.30 pagi, dan selepas diperiksa pihaknya menemukan 900,000 batang rokok putih bernilai RM940,500 dengan cukai lebih RM688,000 di dalam kereta berkenaan.

Beliau berkata, demikian dalam persidangan media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan, di sini hari ini.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram