Ugut mahu bunuh ibu kerana tak bagi guna motosikal

Dari Penulis

HANYA kerana menolak permintaan untuk menggunakan motosikal, seorang lelaki bertindak mengugut bunuh ibunya dengan sebilah pisau petang tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, kejadian berlaku di sebuah rumah di Bandar Perdana, Sungai Petani, Kedah pada pukul 2 petang.

Katanya, mangsa seorang suri rumah berusia 40 tahun telah membuat laporan polis selepas menerima ugutan bunuh daripada anaknya.

“Siasatan awal mendapati suspek berusia 20 tahun mahu menggunakan motosikal milik mangsa.

“Namun, mangsa tidak mengizinkan kerana suspek baru sahaja pulang ke rumah setelah keluar selama tiga hari,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Susulan itu, suspek mengugut mahu membunuh ibu dan ahli keluarga lain dengan memegang sebilah pisau disaksikan anak-anak mangsa yang lain.

Baca artikel berkaitan : Ugut guna batang besi, bapa saudara ditahan polis

Tambahnya, suspek telah ditangkap oleh anggota polis peronda dan hasil saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine.

Katanya, kes kini disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

UMNO berhak tentukan hala tuju sendiri menjelang pilihan raya – Asyraf Wajdi

UMNO menegaskan parti itu mempunyai hak mutlak untuk menentukan pendirian dan hala tuju politiknya sendiri menjelang mana-mana pilihan raya,...

More Articles Like This