Identiti pemandu BMW rentung dikenal pasti – polis

Dari Penulis

IDENTITI pemandu BMW yang rentung dalam kemalangan di Jalan Permas, Johor Bahru, awal pagi Isnin lalu sudah dikenal pasti.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, mangsa disahkan sebagai Mohd Farid Hamzah, berusia 34 tahun.

Katanya, mangsa merupakan seorang mekanik sebuah bengkel kereta.

Raub berkata, Mohd Farid dikenal pasti hasil padanan menerusi ujian DNA (asid deoksiribonukleik) menerusi abang mangsa yang diterima pukul 2 petang tadi.

“Keputusan sampel DNA antara mangsa dan waris berusia 45 tahun adalah 99.9998 peratus sepadan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelasnya, pemandu van yang turut cedera dalam kemalangan itu masih menerima rawatan di zon merah Hospital Sultanah Aminah.

@utusantvofficial

Kemalangan berlaku kira-kira pukul 6.10 pagi, membabitkan sebuab BMW, Perodua Myvi, Honda City serta van pekerja kilang. Lokasi berhampiran Jambatan Permas Jaya, Lebuhraya EDL, Pasir Gudang | Muhamad Ramadhan. #fyp #TrendingNewsMalaysia #beritaditiktok

♬ original sound – UtusanTV – UtusanTV

Baca artikel berkaitan : BMW terbabas sebelum pemandu rentung – polis

Beliau berkata, jenazah mangsa akan diserahkan kepada keluarga oleh Pejabat Forensik pada pukul 8 pagi esok.

Katanya, siasatan masih dijalankan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Remaja 17 tahun maut Honda Wave terlibat kemalangan dengan lori

SEORANG remaja berusia 17 tahun maut selepas motosikal jenis Honda Wave yang ditunggang terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori...

More Articles Like This