KERAJAAN mengambil keputusan mewujudkan Inisiatif Pembangunan Pelan Induk Kesedaran Keselamatan Siber bagi Menangani Isu Penipuan Siber susulan peningkatan kegiatan jenayah tersebut.
Perkara tersebut diputuskan dalam mesyuarat pertama Majlis Sosial Negara (MSN) 2022 yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, hari ini.
Perdana Menteri berkata, inisiatif tersebut bertujuan melahirkan warga siber yang berpengetahuan dan bertanggungjawab.
Pada masa sama, kata beliau, ia juga berperanan melindungi masyarakat daripada terus menjadi mangsa penjenayah siber.
Menurut Perdana Menteri, mesyuarat itu turut menzahirkan kebimbangan terhadap kes jenayah siber yang semakin meningkat.
“Sejak 2016 sehingga 2021, dilaporkan terdapat hampir 82,000 kes penipuan siber melibatkan jumlah kerugian sebanyak RM2.21 bilion.
“Menyedari tahap kesedaran yang masih rendah dalam kalangan masyarakat tentang risiko penipuan dalam talian, Inisiatif Pembangunan Pelan Induk Kesedaran Keselamatan Siber bagi Menangani Isu Penipuan Siber diwujudkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Baca artikel berkaitan: Pasukan khas permudah laluan kanak-kanak lepasan institusi JKM diwujud – PM
Mesyuarat pertama MSN 2022 itu telah dihadiri menteri-menteri kanan, menteri dan timbalan menteri berkaitan serta pegawai-pegawai kanan kementerian, jabatan dan agensi terlibat.
Sementara itu, Perdana Menteri memaklumkan, mesyuarat pada hari ini juga bersetuju mewujudkan Gender Focal Team (GFT) di setiap kementerian dan agensi.
Jelas Ismail Sabri, GFT diwujudkan dalam usaha meneroka potensi wanita dalam ekonomi dan mengarus perdana jantina dalam setiap perancangan, pelaksanaan dasar dan inisiatif.
“Untuk itu, GFT akan mempunyai sekurang-kurangnya tujuh orang ahli bagi mengkoordinasi dan melaksanakan inisiatif untuk mencapai kesaksamaan jantina,” jelas beliau.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

