Sejarah tercipta di Parlimen, RUU anti lompat parti dilulus sebulat suara

Dari Penulis

SETELAH lama disuarakan mengenai undang-undang anti lompat parti, akhirnya sejarah tercipta hari ini apabila Rang Undang-Undang (RUU) mengenainya diluluskan di Dewan Rakyat.

Bahkan, terpahat dalam sejarah Parlimen negara apabila RUU untuk bacaan kali kedua itu diluluskan secara sebulat suara oleh semua Ahli Parlimen sama ada blok kerajaan, pembangkang mahu pun Bebas.

Keseluruhannya 209 Ahli Parlimen yang hadir pada proses pengundian RUU Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) 2022 mengenai Peruntukan Larangan Ahli Parlimen Bertukar Parti dan kesemua mereka menyokong usul tersebut.

Menteri di JPM (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Menurut Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun, seramai 11 Ahli Parlimen tidak hadir.

“Syabas kepada semua Ahli-Ahli Yang Berhormat mencipta sejarah hari ini.

Baca: PM harap RUU Anti Lompat Parti disokong ahli-ahli Dewan Rakyat

Rang Undang-Undang berkaitan larangan lompat parti dibentang hari ini

“Undi yang bersetuju 209, yang tak hadir 11 orang. Maka lebih dua pertiga undi majoriti yang bersetuju dan RUU ini dibacakan kali kedua,” katanya sambil disambut tepukan gemuruh Ahli Parlimen.

Usul itu disokong dan kemudian berlangsung proses pengundian belah bahagian untuk bacaan kali ketiga.

Rang undang-undang itu untuk bacaan kali ketiga sekali lagi memerlukan sokongan majoriti dua pertiga Ahli Parlimen untuk diluluskan di Dewan Rakyat.

Seperti mana bacaan kali kedua, bacaan kali ketiga RUU anti lompat parti juga mendapat sokongan kesemua 209 ahli Parlimen yang hadir.

Pengundian berlangsung kira-kira jam 4.55 petang ini setelah selesai sesi penggulungan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Sementara itu, Wan Junaidi dalam sidang medianya kemudian berkata, proses seterusnya ialah kelulusan di Dewan Negara.

“Kemudian kita akan persembahkan kepada Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong,” katanya dan menambah ahli-ahli Parlimen mahu RUU ini dapat dikuatkuasakan segera mengikut garis masa.

Menurut beliau, garis masa ditetapkan untuk RUU ini berkuat kuasa sebagai undang-undang pada minggu pertama bulan September.

Beliau pada masa sama merakamkan penghargaan kepada semua yang terlibat dengan penggubalan dan kelulusan RUU ini.

“Tidak ada seorang pun ahli Parlimen tidak bersetuju. Saya memang sangat yakin RUU akan dapat diluluskan,” jelasnya.

Ditanya sejarah tercipta hari ini, katanya, kelulusan RUU larang lompat parti adalah ulangan sejarah kepada pindaan undang-undang berkaitan Perjanjian Malaysia 63 (MA 63) yang turut mendapat sokongan sebulat suara ahli Parlimen.

“Bezanya pada angka ahli Parlimen yang hadir. Hari ini ada 209 sokongan. Ketika MA 63, 201 hadir ketika kelulusan bacaan kali kedua dan 199 bacaan kali ketiga,” ujarnya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Jaslinda ditemui selamat berhampiran Pos Musoh

MISTERI pendaki wanita yang dilaporkan hilang ketika melakukan aktiviti pendakian di Gunung Batu Putih sejak 23 Mei lalu akhirnya...

More Articles Like This