Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali, (tengah) bersama Pengurus Besar Yayasan Bank Rakyat, Syaiful Rizal Abdul Ghani (kanan) dan Adun Asahan, Fairul Nizam Roslan pada majlis penyampaian sumbangan YBR.

YAYASAN Bank Rakyat (YBR) menyediakan peruntukan bantuan persekolahan bernilai RM100 ribu kepada murid sekolah rendah dan menengah di sekitar Tangga Batu, Kota Melaka dan Asahan bagi membantu sesi persekolahan yang telah memasuki fasa endemik.

Seramai 1,000 orang pelajar telah menerima bantuan ini di dalam program bantuan persekolahan Yayasan Bank Rakyat.

Replika cek bantuan persekolahan ini telah disempurnakan oleh Datuk Wira Megat Zulkarnain Tan Sri Omardin Pengerusi YBR di majlis penyerahan yang berasingan. Turut hadir dalam sesi penyampaian ini adalah Syaiful Rizal Abdul Ghani selaku Pengurus Besar YBR dan Mohamad Ghazali Zainal Abidin Pengurus Jabatan Komunikasi Korporat YBR.

Sementara itu, Megat Zulkarnain berkata, sumbangan ini diharapkan dapat membantu mereka terutamanya yang berada dikalangan keluarga B40 bagi meringankan urusan kewangan dalam menyediakan kelengkapan persekolahan dari segi pembelian set baju, kasut dan stoking atau beg sekolah mengikut kesesuaian masing-masing.

Cakna dengan situasi masyarakat yang terkesan akibat gelombang Covid-19 yang melanda sejak dua tahun ini dan juga melihat kepada keadaan ekonomi yang tidak menentu, bantuan persekolahan dalam bentuk wang tunai sebanyak RM100 sedikit sebanyak dapat membantu ibu bapa atau penjaga dalam menanggung sesi persekolahan yang dijalankan semasa fasa endemik.

BERITA BERKAITAN YBR sumbang 35 ekor lembu sempena ibadah korban

Tambah beliau lagi, “Bantuan yang disalurkan kepada mereka yang layak ini diharapkan dapat memberi suntikan semangat kepada anak-anak untuk terus menuntut ilmu serta sebagai tanda ikhlas YBR dalam membantu mereka yang memerlukan dalam meneruskan kehidupan”.

Untuk makluman sehingga kini, seramai 60,558 murid telah menerima manfaat melalui bantuan persekolahan YBR dengan jumlah peruntukkan sebanyak RM6.72 juta sejak dari tahun 2018. Bagi tahun 2022, sejumlah RM3.0 juta diperuntukan dalam program bantuan persekolahan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram