LAPAN ditahan selepas terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan minyak diesel bersubsidi di kawasan perindustrian Taman Lagenda Putra, Kulai, Johor, 3 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Tok Beng Yeow berkata, tujuh lelaki dan seorang wanita tempatan yang ditahan masing-masing berusia 28 hingga 52 tahun.

“Polis turut dirampas item yang digunakan dalam menjalankan urusan jual beli minyak bersubsidi dengan nilai rampasan dianggarkan bernilai RM174,720,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, hasil semakan mendapati tiada sebarang rekod jenayah dan dadah ke atas kesemua suspek.

Katanya, kesemua tangkapan dan rampasan diserahkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna bagi tindakan lanjut.

Baca artikel berkaitan : Enam lelaki ditahan kerana miliki diesel bersubsidi tanpa dokumen sah

Kes kini disiasat di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961

Sehubungan itu, polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat untuk tampil ke Ibu Pejabat Daerah Kulai bagi membantu siasatan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram