Suspek ditahan di sebuah stesen minyak dekat Taman Gp Prima, Gelang Patah, Johor, awal pagi tadi. GAMBAR: Polis.

ENAM lelaki ditahan polis selepas memiliki minyak diesel bersubsidi tanpa dokumen sah di sebuah stesen minyak dekat Taman Gp Prima, Gelang Patah, Johor, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Rahmat Ariffin berkata, lima yang ditahan berbangsa Cina dan seorang Melayu.

Katanya, kesemua suspek masing-masing berusia 34 tahun hingga 52 tahun ditahan hasil risikan Bahagian Siasatan Jenayah D9 Ibu Pejabat Polis Daerah Iskandar Puteri.

“Polis merampas empat buah lori yang membawa 2,800 liter minyak diesel.

“Nilai rampasan dianggarkan bernilai RM138,000,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca artikel berkaitan : Gagal seleweng diesel bersubsidi

Jelasnya, kes kini disiasat dibawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1969.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram