Samseng pecah cermin kereta wanita hilangkan diri diburu polis

Dari Penulis

POLIS kini giat memburu seorang lelaki selepas aksi samseng memecah cermin kereta dipandu seorang wanita tular di media sosial.

Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, pihaknya telah mengenal pasti identiti suspek sebelum melakukan serbuan di sebuah kediaman dekat Nilam Puri, Kota Bharu, pada pukul 2.30 petang tadi.

Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun.

Katanya, suspek bagaimanapun dipercayai telah menghilangkan diri dan polis kini giat memburu suspek.

“Suspek merupakan seorang lelaki Melayu berusia lingkungan 40-an,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Muhamad Zaki berkata, pihaknya telah mengesan video kejadian itu di laman sosial pada pukul 10.10 pagi tadi.

“Kejadian berlaku di Simpang Empat Limbat Kota, Kelantan pada pukul 5.45 petang kelmarin.

“Ia melibatkan seorang wanita memandu sebuah Perodua Axia, dan mangsa sudah membuat laporan polis,” katanya.

Baca artikel berkaitan : [VIDEO] Lelaki rentap cermin kereta isteri hingga pecah ditahan polis

Katanya, mangsa telah dihimpit oleh sebuah Toyota Vios yang dipandu suspek seorang lelaki Melayu yang tidak dikenali.

“Secara tiba-tiba, suspek menghalang laluan dan berhenti di tengah jalan lalu menghampiri kereta mangsa.

“Suspek juga bertindak memecahkan cermin kereta dan mengugut mangsa,” tambahnya.

Kes kini disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan, Seksyen 279 Kanun Keseksaan dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

Sehubungan itu, polis mengingatkan kepada orang ramai supaya tidak bertindak mengikut perasaan tanpa pertimbangan yang sewajarnya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Pengasuh didakwa bunuh bayi perempuan berusia hampir dua tahun

SEORANG pengasuh wanita dihadapkan ke Mahkamah Majistret Sepang, hari ini, atas pertuduhan membunuh seorang kanak-kanak perempuan berusia setahun 11...

More Articles Like This