Bersatu sarang pengkhianat, tak perlu dilayan – Zahida

Dari Penulis

KETUA Puteri UMNO, Datuk Zahida Zarik Khan menyifatkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sebagai ‘sarang pengkhianat’ yang tidak perlu dilayan.

Menurut Zahida, Puteri UMNO sudah tidak sabar menunggu pilihan raya diadakan segera dan menguburkan katak pengkhianat termasuk bekas pemimpin pergerakan Puteri UMNO sendiri.

Beliau juga menegaskan Barisan Nasional (BN) untuk tidak melayan kehendak parti lawan yang mahu melengahkan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) sehingga hujung penggal.

“Hari ini adalah tarikh terakhir MOU (perjanjian persefahaman kerajaan dan Pakatan Harapan untuk) tidak ada pilihan raya sebelum 31 Julai. 

“Ertinya pilihan raya boleh diadakan pada bila-bila masa. Kami mahu pilihan raya diadakan segera.

“Jangan sesekali melayan kehendak pembangkang dan juga Bersatu yang mahu melengah-lengahkan pilihan raya sehingga hujung penggal,” katanya memetik laporan Berita Harian.

Baca artikel berkaitan: Kaji selidik UtusanTV: Zahida mendahului, Nurul Izzah ‘mengejar’

Mengulas lanjut, Zahida berkata, BN tidak boleh menunggu sehingga parti lawan bergabung untuk mengadakan PRU-15.

Tegas beliau, BN perlu mengambil kesempatan untuk menyerang ketika musuh berada dalam keadaan lemah.

“Kenapa kita perlu tunggu mereka bergabung, baharu kita nak serang, jangan kita berikan mereka vitamin untuk mereka lebih kuat.

“Bodohlah kita, tidak menyerang ketika musuh kita lemah,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

UMNO berhak tentukan hala tuju sendiri menjelang pilihan raya – Asyraf Wajdi

UMNO menegaskan parti itu mempunyai hak mutlak untuk menentukan pendirian dan hala tuju politiknya sendiri menjelang mana-mana pilihan raya,...

More Articles Like This