PM ucap takziah kepada keluarga mangsa, doakan kesembuhan jurulatih kedua

Dari Penulis

DATUK Seri Ismail Sabri Yaakob menzahirkan ucapan takziah kepada ahli keluarga jurulatih penerbangan Fajim Juffa Mustafa Kamal, 52, yang meninggal dunia dalam tragedi pesawat ringan terhempas di Perak, malam tadi.

Menerusi catatan di laman Facebook rasmi hari ini, Perdana Menteri mendoakan agar keluarga mangsa tabah dalam menghadapi dugaan itu.

“Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan roh orang yang beriman dan beramal soleh,” katanya.

Baca: CAAM mulakan siasatan nahas pesawat ringan

Jurulatih penerbangan maut, 1 cedera dalam kejadian pesawat ringan terhempas

Ismail Sabri turut mendoakan agar seorang lagi jurulatih penerbangan Muhammad Din Fikri Zainal Abidin, 62, yang cedera dalam nahas sama diberikan kesembuhan segera.

Dalam insiden kira-kira 8 malam itu, pesawat ringan Piper 28 terhempas di tepi jalan raya berhampiran Sungai Rokam, Medan Gopeng meragut nyawa Fajim Juffa yang berasal dari Semenyih, Selangor manakala Muhammad Din Fikri dari Bukit Damansara, Kuala Lumpur cedera.

Kedua-dua jurulatih penerbangan itu dilaporkan berlepas dari sekolah latihan kapal terbang yang terletak berhampiran sebelum kejadian.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Tunku Zain Al-‘Abidin dimasyhurkan Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

YANG Dipertuan besar Negeri Sembilan, Tunku Muhriz Tuanku Munawir berkenan memasyhurkan putera keduanya, Tunku Zain Al-'Abidin sebagai Tunku Panglima...

More Articles Like This