Ingatkan hilang, rupanya balik Kedah

Dari Penulis

SEORANG pelatih Kelab Pahlawan Muay Thai yang didakwa hilang di kawasan rekreasi Bukit Kiara, Taman Tun Dr. Ismail, semalam, sebenarnya pergi ke Kedah bersama rakannya.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, pihaknya menerima aduan mengenai kes kehilangan pelatih itu daripada jurulatih kelab terbabit pada pukul 10 malam tadi.

Hasil siasatan mendapati orang hilang terbabit tidak pergi bersenam, sebaliknya telah pulang ke Kedah.

“Pengadu telah menarik balik aduan pada pukul 9.25 pagi tadi dan kes kini diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut (NFA),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Baca artikel berkaitan : Remaja 16 tahun hilang, ibu rayu bantuan orang ramai

Sehubungan dengan itu, orang ramai dinasihatkan untuk memastikan maklumat yang diperoleh adalah sahih dengan merujuk saudara atau kenalan sebelum menularkan sesuatu berita.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Hadi sahkan pertemuan pemimpin Pas dan UMNO, beri bayangan penyatuan parti politik Melayu

PRESIDEN Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang mengesahkan berlaku pertemuan antara pemimpin parti itu dengan UMNO, malam tadi. Ia susulan...

More Articles Like This