Tiga lelaki ditemukan lemas dalam kejadian bot karam di Pulau Redang

Dari Penulis

TIGA daripada lima lelaki yang dilaporkan hilang selepas bot nelayan dinaiki mereka karam di perairan Pulau Redang Isnin lepas, ditemukan lemas hari ini.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu Kapten Maritim Muhammad Suffi Mohd Ramli berkata mayat mereka ditemukan terapung antara 11 pagi hingga 1.30 tengah hari tadi oleh nelayan setempat yang turut serta dalam operasi mencari dan menyelamat (Carilamat).

“Kesemua mayat ditemukan di lokasi berbeza sekitar 1.7 hingga 1.9 batu nautika dari Pulau Redang,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata kesemua mangsa yang berasal dari Pasir Puteh, Kelantan itu ialah Saludin Ismail, 50, Mohd Nazri Abu Bakar dan Zulkifli Umar, kedua-duanya berusia 48 tahun.

Katanya dalam kejadian pada 10 malam itu, bot nelayan dinaiki enam lelaki karam setelah dilanda ribut di kedudukan lebih kurang 10 batu nautika dari Pulau Redang.

Bagaimanapun, seorang mangsa terselamat iaitu Muhammad Kamaruddin Yudi, 31, manakala dua lagi lelaki masih hilang iaitu Ahmad Zamri Ishak, 66, dan Raja Zainudin Raja Ibrahim, 49.

BERITA BERKAITAN 3 kru selamat, 1 hilang dalam insiden kapal tangki karam di Sarawak

Muhammad Suffi berkata sektor pencarian bagi operasi yang memasuki hari kedua diperluas hingga 242 batu nautika dan beberapa aset telah diatur gerak dalam operasi awal pagi tadi termasuk Kapal Maritim (KM) Redang, pesawat Bombardier CL415 bersama bot Perkasa 1234.

Beliau berkata operasi Carilamat yang turut dibantu lebih 10 bot nelayan tempatan itu ditangguh pada 7 malam ini dan akan disambung 7 pagi esok.

Katanya semua mayat dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah di sini untuk proses pengecaman dan bedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarga masing-masing.

Bot nelayan tempatan dengan nombor pendaftaran TFA 124 itu keluar dari Jeti Pasir Puteh, Kelantan. 

— BERNAMA


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

‘Terlajak kata buruk padahnya’ – Fahmi beri ingatan kepada Onn Hafiz

"TERLAJAK kata buruk padahnya". Demikian tegas Datuk Fahmi Fadzil kepada Datuk Onn Hafiz susulan kenyataan Menteri Besar Johor itu menolak...

More Articles Like This