Muzium Kraf Orang Asli tarik perhatian Menteri Luar New Zealand

Dari Penulis

MUZIUM Seni Kraf Orang Asli yang terletak di Taman Botanik, Tasik Perdana di Ibu Negara, menarik perhatian Menteri Luar New Zealand, Nanaia Mahuta.

Beliau yang juga suku kaum Orang Asli Maori, New Zealand, dalam rangka lawatan rasmi ke negara ini sempena sambutan Hari Orang Asli Sedunia yang disambut semalam.

Mahuta meluangkan masa lebih 30 minit di muzium diiringi Ketua Pengarah, Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), Sapiah Mohd Noor serta pegawai Jabatan Muzium Negara, Wisma Putra dan Kementerian Pembangunan Luar Bandar, (KPLB).

Turut serta, Pesuruhjaya Tinggi New Zealand ke Malaysia, Pam Chong Dunn.

BERITA BERKAITAN Agenda memperkasa Orang Asli sentiasa diteruskan – PM

Paling mencuri tumpuan Mahuta sepanjang lawatan itu adalah persembahan tarian Orang Asli Mahmeri.

Lawatan itu adalah anjuran bersama Jabatan Muzium Negara, JAKOA dan Wisma Putra.

Semalam Mahuta dan delegasinya turut mengadakan kunjungan hormat ke atas Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid di Putrajaya.

Kedua-dua Menteri itu bertukar-tukar pandangan selain berkongsi pengalaman negara masing-masing dalam pengurusan, pembangunan dan kebajikan Orang Asli.

Mahuta mengadakan lawatan kerja selama tiga hari ke Malaysia dari 6 hingga 9 Ogos. – UtusanTV


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

KESUMA komited realisasi aspirasi TVET 2.0 melalui dana RM50 juta

KEMENTERIAN Sumber Manusia (KESUMA) komited untuk merealisasikan aspirasi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) 2.0 menerusi peruntukan dana...

More Articles Like This