
POLIS kini memburu suspek yang terlibat dalam pergaduhan di hadapan sebuah restoran nasi kandar dekat Taman Chai Leng Park, Perai, Pulau Pinang.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Tan Cheng San berkata, pihaknya mengesan kejadian terbabit menerusi hantaran beberapa buah klip video di laman sosial pada pagi tadi.
Beliau berkata, kejadian disyaki berlaku pada pukul 3.30 pagi, Ahad lalu.
Jelasnya, semakan pihaknya mendapati pergaduhan disyaki dilakukan oleh sekumpulan lelaki India dengan menggunakan beberapa objek sebagai senjata untuk menyerang antara satu sama lain.
“Sehingga kini, tiada laporan polis dibuat oleh kedua-dua pihak yang terlibat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Baca artikel berkaitan : Polis sahkan terima laporan pergaduhan di restoran nasi kandar
Kes kini disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan.
Sehubungan itu, polis meminta orang awam yang menyaksikan kejadian untuk tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Heng Boon Aun di talian 011-35235498 atau. 04-5382222.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram