[VIDEO] Netizen mengucap panjang tengok klip video Aliff Syukri & Baby Shima!

Dari Penulis

USAHAWAN kontroversi yang juga bergelar penyanyi dan pelakon iaitu Datuk Seri Aliff Syukri teruk dicemuh apabila dia tampil dengan aksi menghairahkan bersama penyanyi Baby Shima menerusi perkongsian di Instagram.

Difahamkan, Aliff bakal melancarkan single terbaharu berjudul Baby Sayang duet bersama Baby Shima.

Meskipun belum lagi diperdengarkan kepada penonton, namun dua selebriti itu teruk dikecam disebabkan aksi yang kurang manis ditonton orang ramai.

Apa tidaknya, teaser muzik video (MV) lagu terbabit yang dimuat naik di Instagram Aliff itu diselar dan dikatakan cukup memalukan kerana Shima yang hanya berseluar pendek berwarna hitam dan berstoking hingga ke paras paha sambil bergelek seperti penari tiang.

Warganet mengutuk tindakan tidak bermoral kedua-dua selebriti itu yang seolah-olah tidak menjaga sensitiviti masyarakat muslim apatah lagi Aliff dan Shima beragama Islam.

Lebih pedih lagi, ada segelintir netizen turut melabelkan Shima sama seperti pelakon lucah dek terlalu asyik bergelek menggoyangkan punggung.

Ada juga yang meminta Aliff untuk segera bertaubat dan menjaga maruah isteri serta anak-anaknya. Begitu juga buat Shima yang tidak pernah serik mencipta kontroversi dengan tujuan untuk menaikkan namanya.

Netizen menganggap Aliff seakan tidak serik menghasilkan ‘content’ yang mengaibkan. Malah, sekitar awal tahun ini, Aliff pernah berjanji untuk tidak mahu lagi terjebak dengan gimik murahan demi meraih populariti. Dia berkata demikian kerana sesuai dengan peningkatan usianya.

Sementara itu, menerusi kapsyen entri tersebut, Aliff memberitahu bakal mengeluarkan lagu dangdut yang akan dilancarkan pada 17 Ogos ini.

“Artis nombor satu nak menyanyi. Tolong beri laluan. Ada yang tak sabar tak dengar suara penyanyi nombor satu Malaysia?

“Konsep video klip Kpop dan akan kalahkan Blackpink dan BTS, nantikan.

“Bersama rakan duet saya @babyshimaofficial,” tulisnya.

Walau bagaimanapun, Aliff bertindak menutup ruangan komen selepas sedar video berkenaan mendapat kecaman.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Letusan gelombang VIP! 9 tahun menyepi, Bigbang sah kembali ke Kuala Lumpur sempena jelajah ulang tahun ke-20

PENANTIAN hampir sedekad peminat setia kumpulan K-Pop, Bigbang, akhirnya terjawab. Selepas sembilan tahun tidak mengadakan sebarang konsert berskala besar,...

More Articles Like This