Dituduh menari lucah, Baby Shima kata netizen banyak berimaginasi

Dari Penulis

BERPAKAIAN mencolok mata dan bergelek dalam video teaser lagu baharu yang dimuat naik oleh usahawan kontroversi, Datuk Seri Aliff Syukri di Instagram, penyanyi Baby Shima mengambil pendekatan untuk mengendahkan komen-komen negatif.

Shima atau Nor Ashima Ramli menganggap pakaian dan tariannya itu tidak keterlaluan atau lucah seperti dakwaan orang ramai.

“Saya tidak ambil kisah dengan komen netizen lagi sebab memang tidak boleh dikawal apa yang mereka mahu katakan. Kalau kata lucah itu mungkin kerana mereka terlalu banyak berimaginasi.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Netizen mengucap panjang tengok klip video Aliff Syukri & Baby Shima!

“Biarlah orang nak kecam. Saya todak boleh halang semua itu,” katanya memetik laporan mStar.

Jelas Shima lagi, dia dan Aliff bernaung di bawah syarikat pengurusan yang sama iaitu Rusa Music.

Justeru, tidak salah untuk mereka menjalinkan kerjasama menghasilkan karya baharu.

Sebelum ini, Shima dan Aliff pernah bermasam muka. Namun hubungan mereka sudah kembali jernih selepas mereka mengadakan pertemuan untuk menyelesaikan isu yang berbangkit.

Terdahulu, Aliff dan Shima menerima kecaman daripada wargamaya selepas tampil dengan aksi yang mengghairahkan sehingga mendapat teguran daripada pendakwah bebas dan Pencetus Ummah (PU), Syed Mohd Bakri Syed Ishak.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Iklan promosi ‘kegemaran M.Nasir’ tanpa kebenaran, Grab kena saman RM5 juta

SIAPA yang tidak kenal dengan susuk tubuh maestro muzik legenda tanah air, Datuk M. Nasir? Sentiasa tampil tenang dan...

More Articles Like This