Tiada kaitan dengan saya – Fazura tak mahu panjangkan isu nama ‘dipetik’

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

“Saya rasa ia tiada kena mengena dengan saya.”

Demikian kata Fazura yang enggan mengulas lanjut kontroversi namanya ‘dipetik’ pengguna laman sosial bernama Diana ketika Neelofa dan suaminya iaitu PU Riz sedang ‘live’ di TikTok, kelmarin.

“Mungkin soalan itu tak wajar diajukan kepada saya. 

“Apa yang berlaku di luar sana, saya tak nak ambil tahu.

“Lebih baik saya fokus apa yang ada dalam hidup saya sahaja,” katanya kepada URTV.

Fazura ditemui pada sidang media Faztival Fazura yang diadakan di sebuah hotel terkemuka di ibu negara, petang tadi.

Terdahulu, tular satu video mengenai seorang individu bernama Diana Finas telah meninggalkan komen provokasi mengenai bayangannya jika Fazura mengeluarkan produk inai.

Terkesan dengan komen itu, Neelofa telah meminta moderator laman sosialnya menyekat Diana daripada mengikutinya.

Dalam pada itu, Fazura atau Nur Fazura Sharifuddin,39, dia tidak tahu siapa individu bernama Diana yang mencetuskan isu beberapa hari lalu.

“Sebenarnya Diana ke apa benda namanya tu… saya ada dengar fasal perkara ini.

“Saya memang tak boleh nak jawab sebab tak tahu apa nak jawab.

“Isu ini tiada kaitan dengan saya,” tegasnya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Selepas 7 tahun menyepi, Jason Mraz pilih Malaysia untuk konsert mega Oktober depan! Tiket mula dijual 11 Jun ini

SELEPAS tujuh tahun menanti, peminat muzik tempatan bakal kembali disatukan dengan pelantun lagu hit global I’m Yours, Jason Mraz,...

More Articles Like This