SEBUAH pusat tahfiz yang tular dalam media sosial ekoran kejadian lima lelaki menyerang seorang ustaz di Kuala Lipis, Pahang, semalam dilaporkan ditutup buat sementara waktu.
Memetik laporan Astro Awani, 25 pelajar yang majoritinya dari daerah Lipis dan Gua Musang serta tiga tenaga pengajar di pusat tahfiz tersebut dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing.
Laporan tersebut memetik sumber memaklumkan, pusat tahfiz yang beroperasi sejak 2016 itu ditutup sehingga siasatan polis selesai.
Pusat tahfiz tersebut dijangka hanya akan dibuka semula bulan hadapan.
Semalam, polis memburu tiga lelaki yang terlibat dalam kejadian menyerang seorang ustaz di Jalan Cheneras, Kuala Lipis selepas dua daripada mereka sudah pun ditahan.
Kejadian dikatakan berlaku di sebuah pusat pengajian tahfiz pada pukul 5.10 petang semalam sebelum video klip si pelaku tular semalam.
Baca artikel berkaitan: Pukul ustaz: Dua ditangkap, tiga lagi diburu polis
Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Azli Mohd Noor berkata, kedua-dua suspek berjaya ditangkap dalam beberapa serbuan di kawasan Damak, Jerantut.
Beliau berkata, hasil saringan ujian air kencing mendapati kedua-dua suspek positif dadah jenis methmaphetamine dan mempunyai rekod lampau dalam kesalahan jenayah dan dadah.
“Tahanan reman telah dibenarkan selama empat hari sehingga Isnin oleh Mahkamah Majistret Kuala Lipis,” katanya.
Kejadian berkenaan dipercayai berlaku apabila lima orang suspek bersama seorang murid tahfiz telah pergi ke pusat tersebut menaiki sebuah kenderaan pacuan empat roda.
Dalam pergaduhan tersebut, ustaz terbabit telah cedera pada mata kanan dan menerima empat jahitan serta mengalami kecederaan di tangan dan badan.
Punca kejadian dipercayai akibat tidak berpuas hati dengan pembayaran makanan di situ.
Kes kini disiasat di bawah Seksyen 147, Seksyen 448 Kanun Keseksaan dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

