RANG Undang-Undang (RUU) berkaitan sumbangan bagi dana politik dijangka dibentangkan dalam sidang Parlimen Oktober depan.
Sehubungan itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar memaklumkan, satu memorandum Jemaah Menteri dijangka dibentangkan di mesyuarat Kabinet, September ini.

Menurut beliau, satu perbincangan telah diadakan bersama Pusat Governans, Integriti dan Antirasuah Nasional (GIACC); Jabatan Peguam Negara; Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM); Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS); Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Bahagian Hal Ehwal-Undang-Undang (BHEUU).
Beliau berkata, perbincangan itu melibatkan RUU Sumbangan Politik.
Wan Junaidi memaklumkan, antara dasar penting yang telah dibincangkan adalah penubuhan entiti pengawalseliaan sumbangan politik, penyumbang yang dibenarkan dan penetapan penalti ke atas kesalahan di bawah undang-undang tersebut.
“Saya telah mengarahkan GIACC memperhalusi perkara-perkara dasar ini dan BHEUU serta Jabatan Peguam Negara menyediakan draf pentadbiran dengan mengambil kira pandangan contoh-contoh dikemukakan pertubuhan masyarakat sivil (CSO) dan badan bukan kerajaan (NGO).
Baca artikel berkaitan: RUU Lompat Parti: Jabatan Peguam Negara dapatkan perkenan Agong
“Selain itu, analisis perbandingan pemakaian undang-undang ini dari negara-negara lain perlu dilaksanakan bagi tujuan penanda aras undang-undang ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Mengulas lanjut, Wan Junaidi turut menyarankan supaya undang-undang berkenaan diselaraskan dengan undang-undang sedia ada di bawah RoS dan SSM.
Pada masa sama, beliau turut menyarankan agar draf RUU Sumbangan Politik itu disediakan secepat mungkin bagi membolehkan sesi libat urus diadakan dengan semua pemegang taruh mengikut garis masa yang disediakan GIACC.
“Bagi menunjukkan ketelusan dan akauntabiliti dalam tadbir urus politik, adalah wajar undang-undang ini dilaksanakan dengan segera,” jelas beliau.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

