Budaya UMNO dan BN didik saya buat keputusan berani dan tegas – Ismail Sabri

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyifatkan cara dan budaya UMNO serta Barisan Nasional (BN) telah mendidik beliau untuk tidak teragak-agak dalam melaksanakan keputusan berani serta tegas untuk membantu rakyat.

Menurut Ismail Sabri, walaupun sesetengah keputusan yang dibuat dilihat kontroversi, tetapi ia membantu rakyat dan menghasilkan keputusan yang tepat.

“Dakwaan mengatakan bahawa ekonomi Malaysia tenat, atau pelabur lari dan sebagainya, amatlah tersasar.

“Di bawah Perdana Menteri dari BN, dibantu oleh jentera dari BN, dididik dengan cara dan budaya BN yang mementingkan rakyat, ekonomi Malaysia lebih terpelihara.

“Semua ini bukan alasan untuk kita mendabik dada. Cabaran dijangka terus hebat. Tekanan inflasi sedunia juga dirasai di Malaysia.

“Saya selaku Perdana Menteri tidak boleh selesa hanya dengan angka pelaburan, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan sebagainya jika rakyat tidak merasai nikmat kek ekonomi dengan saksama.

“Maka sebab itu, saya tidak teragak-agak melakukan keputusan-keputusan drastik demi memastikan kesan inflasi pada tahap minima,” katanya ketika berucap dalam Konvensyen Wanita Barisan Nasional.

Baca artikel berkaitan: Responsif, bertanggungjawab, reformis kerajaan Ismail Sabri pulihkan ekonomi negara

Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata, walaupun inflasi berlaku di Malaysia, tetapi angka inflasi 3.4 peratus adalah yang paling rendah di Asia Tenggara.

Jelas beliau, tanpa campur tangan kerajaan, tidak mustahil angka itu boleh melonjak tiga atau empat kali ganda.

Sementara itu, Ismail Sabri turut mengingatkan semua jentera untuk memberi komitmen dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) yang akan diadakan pada bila-bila masa sahaja.

Jelas beliau, dalam merangka gerak kerja, Wanita BN perlu bergerak secara berpasukan bersama-sama Wanita-wanita parti komponen yang lain bagi menampakkan kesepakatan serta kekuatan parti di mata rakyat.

Katanya, gerak kerja Jalinan Rakyat (JR) perlu diperkasakan dan seiring dengan perkembangan teknologi.

“Wanita BN perlu pandai menyesuaikan cara untuk mendekati pengundi dan tidak lagi hanya bergantung kepada cara tradisional.

“Sebaliknya, JR juga perlu menguasai sepenuhnya media sosial agar menyampaikan mesej-mesej dan agenda kerajaan kepada pengundi terutamanya golongan muda,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Dua anggota MALBATT cedera akibat serangan udara di Lubnan

DUA anggota Batalion Malaysia (MALBATT) 850-13 cedera ringan selepas konvoi logistik yang mereka sertai terkena kesan sampingan daripada satu...

More Articles Like This