Mangsa ditoreh di bahagian muka dalam kejadian di padang bola jaring, Rabu lalu.

GARA-gara tidak mahu membayar kos membaiki kereta, seorang lelaki nekad bergaduh serta menoreh muka rakan lelakinya dalam kejadian di padang bola jaring di Merdeka Villa dekat Ampang, Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Esha berkata, dalam kejadian pukul 6 petang itu, teman wanita suspek telah menghubungi mangsa dan mengajak untuk berjumpa berbincang masalah kereta mangsa yang ditimpa kemalangan.

Suspek telah menggunakan kereta mangsa sehingga berlaku kemalangan di Taman Kosas, Ampang pada 5 April, pukul 10 malam.

“Mangsa dan suspek telah berbincang, tetapi suspek mengatakan tidak boleh membayar kos kerosakan kereta dan mengajak mangsa untuk bergaduh,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Secara tiba-tiba, suspek terus menumbuk dan menoreh muka mangsa dengan menggunakan sebilah pisau kecil.

Mengulas lanjut, suspek berbangsa India berusia 24 tahun itu telah ditahan dalam satu serbuan di Semenyih, Kajang pada pukul 2 pagi tadi.

“Suspek mendakwa pisau lipat yang digunakan semasa kejadian telah dibuang di sekitar kawasan tempat kejadian ketika melarikan diri,” katanya.

Baca artikel berkaitan : Polis buru individu bergaduh di restoran nasi kandar

Punca pergaaduhan disebabkan perselisihan faham dan meninggikan suara susulan suspek enggan membayar kos baiki kereta.

Semakan mendapati suspek mempunyai satu rekod lampau kesalahan jenayah dan dadah.

“Suspek dibawa ke Mahkamah Ampang bagi permohonan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Keseksaan,” tambahnya.

Kes kini disiasat bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram