- Gambar hiasan

SEORANG bayi lelaki berusia empat bulan maut ketika berada di bawah jagaan pengasuh dalam satu kejadian di sebuah kondominium Taman Cempaka, Ampang, semalam.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Esha berkata, pihaknya menerima aduan membabitkan kejadian daripada seorang pegawai perubatan Hospital Ampang.

Beliau berkata, mangsa telah di bawa ke hospital pada pukul 6.30 petang dari sebuah klinik di Pandan Indah.

Semasa tiba di hospital, mangsa sudah tidak bernyawa dan bantuan kecemasan telah diberikan, tetapi mangsa menunjukkan tanda-tanda kematian yang sudah lama.

“Mangsa disahkan meninggal dunia pada pukul 6.35 petang dan punca kematian masih dalam siasatan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Susulan itu, seorang pengasuh warga Indonesia berusia 26 tahun yang disyaki terlibat dalam kejadian telah ditahan pada pukul 10.30 malam.

Semakan mendapati suspek tidak mempunyai rekod lampau kesalahan jenayah dan dadah.

“Suspek memaklumkan mangsa dalam keadaan sesak nafas kerana kain lampin dalam buaian berada di muka,” jelasnya.

Malah, ketika kejadian ibu bapa mangsa sedang bekerja dan mangsa dihantar ke rumah suspek untuk dijaga.

Baca artikel berkaitan : Bayi lelaki 11 bulan meninggal di rumah pengasuh

Difahamkan, mangsa telah di hantar ke rumah pengasuh sejak Jun lalu.

“Suspek telah dibawa ke Mahkamah Ampang bagi reman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah,” katanya.

Katanya, kes kini disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Sehubungan itu, Mohamad Farouk memberi amaran dan nasihat kepada orang ramai supaya tidak terlibat dalam perbuatan penganiayaan, pengabaian, pembuangan atau pendedahan ke atas kanak-kanak.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram