Penunggang motosikal maut dilanggar pemandu tiada lesen

Dari Penulis

SEORANG penunggang motosikal maut selepas dirempuh sebuah kereta dalam kejadian di Jalan Sungai Lalang-Bukit Selambau, 7.45 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, mangsa R. Sevekumar,40, yang memandu motosikal Honda EX-5 disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Beliau berkata, mangsa mengalami cedera parah dan mayat di bawa ke Hospital Sultan Abdul Halim bagi proses bedah siasat.

Katanya, siasatan mendapati mangsa dalam perjalanan dari arah Bukit Selambau manakala pemandu kereta Proton Iswara bergerak dari Sungai Lalang.

“Pemandu Proton Iswara dipercayai termasuk ke laluan bertentangan lalu melanggar mangsa yang berada di laluannya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Hasil semakan mendapati pemandu berusia 40 tahun itu tidak mempunyai lesen memandu.

Baca artikel berkaitan : Mekanik maut tercampak 20 meter dirempuh Hilux

“Pemandu, isteri dan anak lelaki berusia empat tahun tidak mengalami sebarang kecederaan ekoran kemalangn tersebut,” ujarnya.

Bagaimanapun, anak perempuan pemandu yang berusia setahun mengalami luka di bahagian kepala.

Sehubungan itu, kes kini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Dua anggota MALBATT cedera akibat serangan udara di Lubnan

DUA anggota Batalion Malaysia (MALBATT) 850-13 cedera ringan selepas konvoi logistik yang mereka sertai terkena kesan sampingan daripada satu...

More Articles Like This