Rafizi tersilap fakta, Zainab Mohd Salleh bukan isteri Abdul Latif

Dari Penulis

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas Khas) Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad menafikan beliau telah berkahwin dengan wanita yang dinamakan Rafizi Ramli sebagai terlibat dalam skandal LCS.

Dalam satu kenyataan Isnin, Abdul Latiff menafikan tuduhan Rafizi bahawa Zainab adalah isterinya.

Baca artikel berkaitan: Penyiapan kapal pertama LCS tidak libat suntikan dana baharu

“Sebagai menteri Kabinet, saya sedia memberikan kerjasama sepenuhnya dengan pihak berkuasa dalam sebarang siasatan lanjut,” katanya memetik laporan The Star.

Terdahulu, Rafizi mendakwa syarikat Alizes Marine Limited yang dimiliki seorang wanita bernama Zainab Mohd Salleh.

Dalam hantaran di Facebook Rafizi, beliau mendakwa Zainab merupakan isteri kedua kepada Abdul Latiff.

Rafizi yang terkenal dengan kepakaran dalam mendedahkan pelbagai penyelewangan turut mendakwa kertas siasatan dalaman skandal LCS menerangkan secara jelas penglibatan syarikat-syarikat Alizes Marine yang menyelewengkan dana kapal perang LCS.

“Muka surat 96, perenggan 3.16.13.2 laporan menyebut “It is noted that Abdul Latiff is the spouse of Zainab” yang bermaksud “Siasatan mengambil maklum bahawa Abdul Latiff adalah suami kepada Zainab”.

“Beliau adalah Timbalan Menteri Pertahanan bagi tempoh 2008 hingga 2013. Menteri Pertahanan ketika ini ialah Dato’ Seri Zahid Hamidi, Presiden UMNO sekarang.

“Semakan saya menunjukkan bahawa skim menyeleweng dana awam dari projek LCS ini dibuat selama bertahun-tahun dan dengan penuh perancangan.

“Saya juga boleh mengesahkan bahawa ada pelbagai bentuk kontrak pertahanan lain yang melibatkan Latiff Ahmad dan LCS bukan satu-satunya projek yang melibatkan syarikat-syarikat berkait dengan beliau,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Malaysia tidak boleh bergantung kepada sistem pendidikan semata-mata – PM

MALAYSIA tidak boleh bergantung kepada sistem pendidikan semata-mata untuk melahirkan tenaga kerja masa hadapan yang benar-benar memenuhi tuntutan industri. Perdana...

More Articles Like This