Mesyuarat MTE bincang isu ekonomi, pembangunan bakat

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

MESYUARAT Majlis Tindakan Ekonomi yang berlangsung hari ini memfokuskan dua perkara iaitu teknologi maju dalam meningkatkan pertumbuhan ekonomi dan pembangunan bakat bagi memenuhi keperluan pasaran.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang mempengerusikan mesyuarat itu berkata, kerajaan masih kekal komited untuk menjadikan negara sebagai negara berpendapatan tinggi.

Jelas beliau, ia berpaksikan penerimagunaan teknologi baharu serta penciptaan dan pembangunan teknologi tempatan.

“Mesyuarat hari ini bersetuju dengan cadangan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) supaya langkah intervensi diambil bagi meningkatkan kedudukan Malaysia berada di antara 20 teratas dunia dalam Indeks Inovasi Global.

“Selain itu, satu langkah strategik inovasi akan diwujudkan bagi meningkatkan pengkomersialan teknologi dan inovasi negara berikutan ketidakpadanan bidang tersebut dengan kehendak industri,” katanya.

Baca artikel berkaitan: TERKINI: Perjumpaan tergempar isyarat UMNO mula langkah segerakan PRU?

Mengulas lanjut, Perdana Menteri berkata, mesyuarat turut mengambil maklum akan cabaran dan situasi semasa mengenai bakat sedia ada berdasarkan keperluan industri.

Jelas beliau, antaranya, negara menghadapi cabaran dalam mencipta peluang pekerjaan berkemahiran tinggi.

Selain itu, katanya, negara menghadapi cabaran untuk mengekalkan dan menarik bakat berkemahiran.

“Negaraberdepandengansaingandaripadanegara- negara maju yang menawarkan gaji yang lebih tinggi untuk menarik bakat berkemahiran ke sektor-sektor yang berpotensi tinggi.

“Mesyuarat bersetuju untuk meneliti semula dasar-dasar yang melibatkan sumber manusia dan modal insan di semua kementerian berkaitan secara menyeluruh bagi menangani cabaran pasaran buruh.

“Kerajaan sentiasa berusaha memastikan negara sentiasa bergerak maju kehadapan seiring dengan perubahan teknologi dan memenuhi keperluan semasa pasaran buruh bagi menjamin kesejahteraan Keluarga Malaysia.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Anggota MALBATT 850-13 bertugas di Selatan Lubnan selamat – ATM

ANGKATAN Tentera Malaysia (ATM) mengesahkan bahawa seluruh anggota MALBATT 850-13 yang sedang bertugas di Selatan Lubnan berada dalam keadaan...

More Articles Like This