Zahid pengerusikan mesyuarat Biro Politik UMNO, Ismail Sabri antara yang hadir

Dari Penulis

BIRO Politik UMNO malam ini mengadakan mesyuarat yang diadakan di ibu pejabat parti itu, di ibu negara.

Mesyuarat itu dipengerusikan oleh Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang turut dihadiri pemimpin tertinggi parti itu.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang juga Naib Presiden UMNO tiba pada 8 malam.

Antara yang dilihat tiba di lobi Menara Dato Onn itu ialah Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mahdzir Khalid dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO Tan Sri Noh Omar.

Difahamkan mesyuarat malam ini bagi membincangkan perkembangan semasa termasuk keputusan Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman ke atas bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Semalam, Ahmad Zahid dalam hantaran di Facebook rasminya menegaskan UMNO akan bertindak rasional dan terus akur dengan kehendak keputusan parti.

“Marilah kita terus bersama-sama bersolidariti. Susah dan senang Datuk Seri Najib kita tetap bersama. Kita akan bertindak rasional terus akur dengan kehendak keputusan parti. 

“Biro Politik akan diadakan dalam masa paling terdekat. Tiada pengkhianatan sesama kita. Kita tahu yang mana lawan dan kawan sebenar,” katanya dalam hantaran itu.

Ahmad Zahid turut dijangka mengadakan satu Taklimat Khas Presiden bersama ahli jawatankuasa bahagian dan pimpinan UMNO di Pusat Dagangan Putra, Sabtu ini.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Bangunan haram Rohingya di Sungai Makau bakal dirobohkan

KEDIAMAN bertingkat haram yang pernah didiami etnik Rohingya di Kampung Baru Sungai Makau, Mukim Ulu Langat, bakal dirobohkan mengikut...

More Articles Like This