“Bagi Datuk Seri Najib Tun Razak besar kemungkinan ia akan diampun setelah dipenjara,” kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Dr Mahathir menyifatkan hukuman ke atas Ahli Parlimen Pekan itu sebagai keadilan yang tertangguh yang mengambil masa yang amat panjang.
Beliau berkata, perkara itu turut memberi kesan kepada kes-kes lain melibatkan ramai tokoh politik tertangguh dan tidak dihadap ke mahkamah.
“Ada pepatah Inggeris yang berkata justice delayed is justice denied yang boleh kita terjemah sebagai ‘keadilan yang tertangguh adalah keadilan yang terabai’.
“Kes SRC International Sdn. Bhd. (SRC). Najib mengambil masa yang amat panjang (empat tahun).
“Hal ini menyebabkan banyak kes pencurian, salah guna kuasa, rasuah yang melibatkan ramai tokoh politik tertangguh dan tidak dihadap ke mahkamah,” katanya.
Baca lagi: Tun Dr Mahathir saman Ahmad Zahid berhubung isu ‘kutty’
Mengulas lanjut, Dr Mahathir berkata, kelewatan perbicaraan di mahkamah akan menghasilkan keadilan yang terabai sehingga ada penjenayah yang meninggal dunia sebelum sempat dibicarakan.
Beliau juga percaya ramai hakim kurang senang dengan begitu banyak kes tertangguh yang didakwanya kerana perlakuan Najib bersama-sama peguamnya.
“Bermacam alasan diguna untuk menghalang perbicaraan. Sekarang banyak laporan dibuat berkenaan kes-kes rasuah yang serius yang belum dibicara.
“Besar kemungkinan penjenayah akan terlepas dari dihukum kerana jenayah yang dilakukan oleh mereka.
“Benarlah seperti pepatah Inggeris bahawa keadilan yang tertangguh adalah keadilan yang terabai,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

