Syed Saddiq juga tidak terkecuali dari undang-undang, kata Ketua Pemuda UMNO

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

Betul kata YB (Yang Berhormat). ‘No One is Above the Law’, kata Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki

Kenyataan itu merujuk kepada Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang turut berdepan dengan pertuduhan rasuah di mahkamah.

Menurut Asyraf, pertuduhan di mahkamah terhadap Syed Saddiq itu berhubung pelbagai kes penyelewengan, pecah amanah dan rasuah berjumlah RM1.12 juta.

“Menantikan jawapan YB (Syed Saddiq) di Mahkamah, macam mana boleh terfikir untuk masukkan wang parti yang diselewengkan ke dalam akaun pelaburan ASB sendiri?

“Ahli-Ahli politik mudalah tanpa mengira parti yang diharapkan untuk membina kembali negara dengan amalan politik yang bersih dan berintegriti bebas daripada rasuah, salah guna kuasa dan apa jua bentuk penyelewengan.

“Apa-apapun tanpa prejudis, kita tunggulah keputusan Mahkamah nanti,” katanya.

Baca lagi: Kes Guan Eng, Syed Saddiq dan Zahid Hamidi juga perlu diselesaikan segera – Khairil Nizam

Terdahulu, Syed Saddiq memuat naik kenyataan ‘No one is above the law in Malaysia’, peringatan kepada kita semua’ di Facebook beliau.

Kenyataan itu dipercayai merujuk kepada keputusan Mahkamah Persekutuan yang mengekalkan sabitan dan hukuman ke atas Datuk Seri Najib Tun Razak yang didapati bersalah menyeleweng dana RM42 juta milik SRC.

Untuk rekod, Syed Saddiq sedang menghadapi dua pertuduhan membabitkan diri dalam aktiviti penggubahan wang haram: memindahkan wang masing-masing RM50,000 dalam akaun Maybank Islamic Berhad miliknya ke akaun Amanah Saham Bumiputera miliknya; yang merupakan hasil daripada aktiviti haram.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Jaslinda ditemui selamat berhampiran Pos Musoh

MISTERI pendaki wanita yang dilaporkan hilang ketika melakukan aktiviti pendakian di Gunung Batu Putih sejak 23 Mei lalu akhirnya...

More Articles Like This