PH putuskan bertanding guna satu logo dalam PRU-15

Dari Penulis

PAKATAN Harapan (PH) memutuskan untuk menggunakan satu logo bagi bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) akan datang.

Majlis Presiden PH dalam kenyataan hari ini memaklumkan perkara itu diputuskan dalam mesyuarat bulanan majlis berkenaan, semalam.

“Satu reka bentuk baharu logo tersebut juga akan dipertimbang bagi memberi imej dan nafas baharu dalam usaha gerak kerja PRU15,” menurut kenyataan itu.

Baca lagi: MoU antara kerajaan dan Pakatan Harapan batal jika… – Guan Eng

Kenyataan Majlis Presiden PH berkenaan dikeluarkan secara bersama oleh Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden Amanah Mohamad Sabu, Setiausaha Agung DAP Anthony Loke Siew Fook dan Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Datuk Seri Wilfred Madius Tangau. 

Pada PRU-14, PH bertanding di bawah logo PKR selepas Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) tidak meluluskan pendaftaran gabungan itu sebagai satu parti gabungan dan penggunaan logonya.

Isu logo itu timbul semula pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor apabila PKR memutuskan menggunakan logonya sendiri manakala DAP dan Amanah memutuskan menggunakan logo gabungan itu.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Tiga lelaki warga asing ditahan kes curi dan dadah

TIGA lelaki warga asing ditahan dalam dua operasi berasingan yang dijalankan Strike Team Balai Polis Tawau selepas dipercayai terbabit...

More Articles Like This