Kes Guan Eng, Syed Saddiq dan Zahid Hamidi juga perlu diselesaikan segera – Khairil Nizam

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

KES berprofil tinggi yang sedang dalam perbicaraan melibatkan Lim Guan Eng, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi perlu diselesaikan segera tanpa campur tangan semua pihak.

Itu penegasan Ketua Penerangan Pas, Senator Khairil Nizam Khiruddin yang berpandangan kesemua pemimpin parti tersebut perlu diadili seperti mana Datuk Seri Najib Tun Razak dalam kes SRC International Sdn. Bhd. (SRC).

Menurut Khairil Nizam, Pas akur dengan keputusan Mahkamah Persekutuan yang mengekalkan sabitan dan hukuman ke atas Najib yang didapati bersalah menyeleweng dana RM42 juta milik SRC.

Beliau berkata, Pas menjunjung Perlembagaan Persekutuan dan menghormati setiap keputusan yang dilakukan oleh Institusi Kehakiman.

“Pas juga mengucapkan tahniah kepada kerajaan pimpinan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kerana teguh berpegang pada prinsip pengasingan kuasa dan mengambil tindakan tidak mencampuri urusan Institusi Kehakiman.

“Pas mengharapkan agar Najib serta keluarga agar terus tabah dan redha dengan segala ketentuan dari Allah SWT.

“Pas mengiktiraf segala jasa-jasa Najib dalam membangunkan negara sepanjang tempoh menjawat jawatan Perdana Menteri Malaysia keenam,” katanya

Baca lagi: Najib dipenjara: Timbalan Ketua Bahagian pangku jawatan Ketua UMNO Pekan

Beliau turut berharap agar keputusan kes itu menjadi pengajaran kepada semua pemimpin, rakyat dan generasi muda negara.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Jaslinda ditemui selamat berhampiran Pos Musoh

MISTERI pendaki wanita yang dilaporkan hilang ketika melakukan aktiviti pendakian di Gunung Batu Putih sejak 23 Mei lalu akhirnya...

More Articles Like This