MoU antara kerajaan dan Pakatan Harapan batal jika… – Guan Eng

Dari Penulis

PAKATAH Harapan (PH) tidak akan teragak-agak untuk membatalkan Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik yang dimeterai bersama kerajaan.

Hal itu menurut Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng akan dilakukan sekiranya Rang Undang-undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2022 berhubung Anti Lompat Parti tidak diluluskan di Parlimen.

Guan Eng berkata, pihaknya akan bersemuka dengan Perdana Menteri bagi mendapatkan penjelasan berkenaan MoU tersebut pada minggu hadapan.

“Kita perlu jernihkan di sini. Kalau ini tidak diluluskan, saya rasa akan tamatkan MoU melainkan ada beberapa penjelasan terlebih dahulu.

“Apa pun, kita dapatkan penjelasan dan Perdana Menteri bersetuju bertemu kami minggu depan dan ini bagi mendapatkan penerangan beliau.

“Kami mahu bincang hal ini sebab dalam aturan (urusan mesyuarat Dewan Rakyat) esok, pindaan Perlembagaan akan dibentangkan untuk bacaan pertama,” katanya memetik laporan Berita Harian.

Baca artikel berkaitan: Lim Kit Siang umum bersara, undur diri dari dunia politik

Mengulas lanjut, Guan Eng berkata, kerajaan perlu berbincang dengan pembangkang mengenai pindaan Perlembagaan kerana ia seperti yang dipersetujui dalam MoU yang dimeterai secara bersama sebelum ini.

Selain itu, katanya, kerajaan tidak mempunyai majoriti dua pertiga melainkan pihak PH bersetuju.

Guan Eng memaklumkan pertemuan antara pemimpin tertinggi PH dengan Perdana Menteri akan diatur selepas Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pulang dari lawatan rasmi ke Vietnam.

Sementara itu, Guan Eng turut menafikan dakwaan yang MoU tersebut menjadi ancaman kepada UMNO mahupun kerajaan.

Jelas Guan Eng, MoU itu dirangka untuk kebaikan rakyat dan negara.

“Kata (Datuk Seri Dr) Ahmad Zahid (Hamidi), pelaksanaan MoU adalah untuk membunuh UMNO tetapi ada kritik pula cakap MoU membunuh pembangkang.

“Jadi, yang mana satu. Kalau ia ancaman kepada UMNO bagaimana pula ancamannya kepada pembangkang?

“Itu sebabnya objektif MoU adalah menyelamatkan nyawa rakyat dan kehidupan, melawan COVID-19 supaya terkawal dan menyelamatkan ekonomi dengan suntikan dana berjumlah RM45 bilion,” katanya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Nasib Syed Saddiq sama ada kekal bebas atau dipenjara diketahui hari ini

NASIB Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sama ada kekal bebas atau dijatuhi hukuman penjara akan diketahui...

More Articles Like This