SEORANG jururawat berdepan detik menakutkan apabila dihendap seorang lelaki gila seks yang bertindak melakukan aksi onani di atas bumbung rumahnya pada pagi Selasa.
Lelaki terbabit dipercayai melakukan aksi tersebut sebanyak dua kali iaitu pada pukul 5.57 pagi dan 10.09 pagi sewaktu mangsa sedang berseorangan di rumahnya.
Mangsa menetap di Taman Kristal, Shahbandar, Tuaran Sabah.
Kejadian terbabit mula tular sejak Rabu selepas mangsa berkongsi klip video yang meminta bantuan ramai bagi mengesan suspek.
Bercerita kepada UtusanTV, Haine Laimon, 38 berkata, kejadian pertama berlaku sewaktu dirinya sedang tidur di dalam bilik sebelum terdengar suara kucing yang mengiau dengan kuat.
“Saya dengar juga bunyi bising yang pelik datang dari sebuah lagi bilik dan saya dapati ada lelaki berdiri di atas bumbung di luar tingkap,” katanya ketika dihubungi UtusanTV.
Tambahnya, lelaki terbabit berpakaian serba hitam dan bertopeng muka dengan menampakan mata sahaja, sebelum dilihat melarikan diri.
Malah, lelaki terbabit juga telah bertindak licik dengan mengalihkan kamera litar tertutup (CCTV) menghala ke atas supaya aksinya yang menyelinap naik ke atas bumbung rumah tidak dapat dirakam.
Susulan kejadian itu, Haine tampil ke balai polis bagi membuat laporan dan pihak polis telah datang ke rumahnya bagi membuat pemeriksaan lanjut.
Haine berkata, dia kemudian telah meminta bantuan pekerja penyelenggaran datang ke rumah bagi membetulkan CCTV yang dirosakkan lelaki tersebut.
Bagaimanapun, ketika Haine sedang bersiap untuk ke tempat kerja, dia mendapati terdapat seorang lelaki bertopeng seluar dalam dan tidak berseluar telah datang kembali ke bumbung rumahnya.
Baca artikel berkaitan : Polis cari lelaki beronani dekat perumahan Seksyen 23, Shah Alam
Malah, Haine juga sempat merakamkan sosok lelaki terbabit dari dalam rumah yang tanpa segan silu melakukan aksi onani.
“Saya cakap dengan dia nak hubungi polis sebab berani datang lagi ke rumah saya.
“Dia kata kau telefonlah, tapi kau tengok ini (kemaluan). Kau ingat ya,” cerita Haine.
Jelasnya, kejadian terbabit membuatkan dirinya trauma, terkejut, marah serta geram akan tindakan tidak bermoral lelaki terbabit.
“Kata-kata dia buat saya teringat sehingga kini,” ujarnya.
Malah, pemeriksaan di tingkap mendapati suspek telah membuat percubaan mengumpil kunci tingkap disyaki untuk menyelinap masuk.
Menurut Haine, dia kini menetap di rumah keluarganya di Penampang buat sementara waktu atas faktor keselamatan dan berharap agar lelaki itu segera ditangkap polis.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

