Tangkap layar rakaman memaparkan aksi seorang lelaki membuat gaya superman ketika menunggang motosikal.

[DIKEMASKINI] SEORANG remaja ditahan polis selepas menunggang motosikal ala superman sejauh dua kilometer di Lebuhraya Pantai Timur 2, 10.30 pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, suspek berusia 18 tahun itu melakukan aksi berbahaya itu di Kilometer 248 hingga 250.

Katanya, polis telah terlihat sekumpulan penunggang motosikal menunggang menghala ke Kuala Terengganu dan mendapati suspekmelakukan aksi secara bersendirian.

“Polis telah mengarahkan untuk berhenti, tetapi suspek bertindak memecut laju menghala ke Plaza Tol Jabor lalu membuat pusingan U sebelum menunggang melawan arus ke arah Kuantan, Pahang.

“Suspek sekali lagi membuat pusingan U dan menghala ke Plaza Tol Jabor sebelum terbabas sendiri di atas jalan raya kira-kira 50 meter dari plaza tol,” ujarnya.

Mengulas lanjut, suspek mengalami luka di dagu akibat insiden tersebut.

Suspek ditahan bersama motosikal jenis Honda EX5 putih dan dibawa ke Ibu Pejabat Daerah Kemaman bagi tindakan lanjut.

Katanya, hasil saringan ujian air kencing ialah negatif dan kes kini disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

TERDAHULU sejak semalam tular aksi seorang lelaki yang bertindak menunggang kapcai gaya ala superman “kantoi” apabila aksinya dirakam oleh polis.

Kejadian terbabit tular selepas klip video berdurasi 21 saat dikongsikan di laman sosial oleh beberapa individu sejak semalam.

Menerusi video itu, lelaki terbabit terus melakukan aksi superman meskipun siren kereta polis peronda sudah dibunyikan.

Bagaimanapun, lelaki terbabit bertindak membetulkan posisi dengan terus duduk apabila tersedar aksinya dirakam polis.

Tinjauan UtusanTV di ruangan komen mendapati rata-rata warganet turut terhibur akan aksi “berani mati” yang dilakukan lelaki tersebut.

“Layan highway je tu, ride sorang2 pishang bai hahahha,” kata Mark Fathul.

“Kalau camni kene saman jugak ke, sebb member tu tengah layan jiwa, bukan berlumba,” ujar emanbsry.

“Hhahahah fly sampai tak perasan siren polis. Keras mat,” tulis Firdauskariem.

@utusantvofficial

AMARAN! Jangan tiru aksi ini. Sampai tak sedar siren 🤣🤣🤣. Lokasi LPT1, EXIT Jabor. #trendingnewsmalaysia #fyp #fyp

♬ original sound – UtusanTV – UtusanTV

Baca artikel berkaitan : Empat remaja tunggang motosikal gaya ‘superman’ ditahan

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram