3 juta kenderaan guna KLK, LPT1 sempena Aidilfitri

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

LEBIH tiga juta kenderaan dijangka menggunakan Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1) sempena Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

Pengurus Besar Kanan Anih Berhad, Radzimah Mohd Radzi berkata, dijangkakan aliran trafik ke pantai timur mula mengalami peningkatan dari 19 hingga 21 April ini.

Katanya lagi, manakala kesesakan menghala ke Kuala Lumpur pula dijangkakan bermula 24 dan 30 April sehingga 1 Mei depan.

“Hari ini kita menerbitkan Cadangan Jadual Perjalanan (TTA) bermula dari 19 April sehingga 1 Mei memandangkan cuti Aidilfitri kali ini bersambung dengan cuti persekolahan dan cuti umum Hari Buruh.

“Pengguna lebuh raya sudah pasti akan mengambil peluang cuti yang panjang ini untuk meluangkan lebih masa bersama keluarga di kampung dan menziarahi sahabat handai.

“Pihak kami berharap pengguna lebuh raya merancang perjalanan di musim perayaan dan percutian ini, memandangkan jangkaan aliran trafik meningkat semasa musim perayaan kepada lebih tiga juta kenderaan di KLK dan LPT1,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Radzimah berkata, pihaknya akan mengedar TTA di Plaza Tol Gombak, Karak dan Bentong pada 16 April ini selain membuat hantaran di laman sosial Anih Berhad sebagai rujukan pengguna lebuh raya.

Baca artikel lain: Wanita atas jambatan Putrajaya tiada niat bunuh diri – Polis

Selain itu, katanya lagi, Anih Berhad akan menambah sehingga 30 peratus bilangan kakitangan sokongan di plaza tol sebagai usaha mengurangkan kesesakan pada musim perayaan ini.

“Selain itu, kita menempatkan lebih 140 anggota Rela di beberapa kawasan strategik di sepanjang lebuh raya serta meningkatkan jumlah pekerja pasukan rondaan LPT dan trafik sebanyak 20 peratus dan memperbanyakkan rondaan bagi memastikan kelancaran trafik sepanjang tempoh tersebut,” katanya.

Tambah beliau, Anih Berhad juga bersedia memudahkan perjalanan pengguna jika berlaku kecemasan dengan bantuan daripada pasukan Emergency Response Team (ERT) iaitu St John Ambulans, bomba dan polis.

“Bagi mendapatkan informasi tepat dan terkini, pengguna disarankan untuk mengikuti saluran rasmi media sosial Anih Berhad di Facebook (@Lebuhraya Pantai Timur), Twitter, (@LPTTrafik) Lembaga Lebuhraya Malaysia di Twitter (@llmtrafik) dan Facebook (@Lembaga Lebuhraya Malaysia).a

“Jika berlaku kecemasan, sila hubungi LPT – Line di 1-700-818-700 atau LLM di 1800-88- 7752,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

PRN Johor: SPR keluarkan 24,677 kertas undi pos

SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) telah mengeluarkan sebanyak 24,677 kertas undi pos kepada individu yang berhak untuk mengundi secara pos. Setiausaha...

More Articles Like This