Babak cium dalam Abang Long Fadil 3, Elizabeth Tan lakukan tanpa bantuan ‘camera trick’

Dari Penulis

PENYANYI dan pelakon Elizabeth Tan berkongsi babak bercium bersama aktor Jay Iswazir menerusi filem Abang Long Fadil 3 dilakukan sendiri tanpa bantuan teknik kamera.

Elizabeth atau mesra disapa Lizzy berkata, babak itu dijayakan sebelum dia berkahwin.

“It’s real… Dan kalaulah adegan itu saya dapat lakukan dengan lebih lagi. Tapi babak itu hanya begitu saja.

“Kalau diberi peluang sekarang, macam-macam sudah saya fikirkan. Lagipun ketika adegan itu dibuat saya belum berkahwin dan Jay juga okey dengan babak terbabit,” katanya memetik Harian Metro.

Jay Iswazir

Menurut Lizzy, dia berharap lakonannya dalam filem itu dapat membuka mata penerbit tempatan untuk menawarkannya watak aksi yang lebih mencabar.

“Saya ada bercakap dengan pengarah, Syafiq Yusof untuk hasilkan filem Abang Long Fadil 4 pula selepas ini. Harap impian saya itu dimakbulkan.

“Saya juga berharap filem ini dapat beri saya lebih banyak peluang untuk melakonkan watak aksi sebab mungkin sebelum ini ramai yang tak tahu saya memang minat watak yang membabitkan aksi pertarungan.

“Saya juga bersedia untuk memasuki sebarang latihan intensif kerana saya memang nak belajar cara berlakon dalam filem aksi.

“Walaupun saya mengalami lebam yang teruk sepanjang menjalani penggambaran filem ini, tapi tak pernah terdetik rasa putus asa sebaliknya saya sangat ‘enjoy’ dengan setiap aksi yang saya lakukan,” ujarnya.

Selain Lizzy dan Jay, Abang Long Fadil 3 menampilkan barisan pelakon terkenal tanah air seperti Zizan Razak, Johan, Maya Karin, Datuk AC Mizal, Shuib, Kazar, Ozlyn Wati, Tania Hudson, Joey Daud, Daniella Sha, Khir Rahman dan Siraj.

Filem terbitan Skop Productions dan Astro Shaw itu akan ditayangkan bermula 8 September ini di seluruh pawagam.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Letusan gelombang VIP! 9 tahun menyepi, Bigbang sah kembali ke Kuala Lumpur sempena jelajah ulang tahun ke-20

PENANTIAN hampir sedekad peminat setia kumpulan K-Pop, Bigbang, akhirnya terjawab. Selepas sembilan tahun tidak mengadakan sebarang konsert berskala besar,...

More Articles Like This