NIAT pelakon Fizo Omar yang hanya ingin berkongsi kegembiraan dan memuat naik gambar di media sosial ketika percutian di sebuah taman tema terkenal di Johor sebaliknya hanya mengundang kecaman netizen.

Apa tidaknya, apabila ramai netizen menegur seluar Fizo yang terlalu pendek hingga ke paras paha ketika dia mendukung anak sulungnya, Wan Mariam disamping isteri di sisinya, Fezrya Nesry.

Menerusi pemerhatian URTV di ruangan komen Instagram miliknya, warganet mempersoalkan tentang tahap pengetahuan Fizo mengenai aurat seorang lelaki apatah lagi dia sudah pun mengerjakan ibadah haji.

“Tolong tutup aurat dengan sempurna. Malu ke anak.

“Aurat lelaki kena lepas lutut harap maklum. Bini masing-masing pandai-pandailah tegur. Karang asyik suruh doakan yang baik-bak kalau diri sendiri tak nak ubah, tak jadi juga.

“Sedih pula rasa. Fizo kan dah pergi Haji, kenapa masih berseluar pendek.

“Aurat jaga Fizo oi, ramai orang dah tegur baut tak reti. Ingat neraka itu benar,” komen pengikutnya di platform media sosial berkenaan.

Menerusi perkongsian sama, Fizo turut bertemu dengan pasangan selebriti Fasha Sandha dan suaminya, Aidil Aziz yang bercuti di lokasi sama.