Animasi baharu Monsta, ‘Mechamato’ berjaya tawan 65 negara di seluruh dunia

Dari Penulis

SIRI animasi terbaru keluaran studio animasi tempatan, MONSTA, sekali lagi menempa nama dan mengorak langkah ke persada dunia apabila animasi baharu ‘Mechamato’ berjaya ‘menawan’ 65 buah negara dalam tempoh lapan bulan.

Animasi Mechamato yang dilancarkan pada November 2021 menerusi saluran antarabangsa, Cartoon Network Asia, berjaya memperoleh hak siaran di 65 buah negara dan dibangunkan dengan sokongan dana daripada Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), selepas kejayaan animasi BoboiBoy sebelum ini.

Pengarah Pemasaran MONSTA, Faiz Zainal Aabidin, dalam kenyataan hari ini, berkata sokongan dana itu bertujuan untuk membantu mengeksport animasi tempatan ke peringkat antarabangsa, sekali gus menjadikan Malaysia antara pengeluar animasi utama di rantau Asia Pasifik.

“Kami teruja dengan pencapaian Mechamato yang terus melakar dunia. Bersempena dengan Hari Kebangsaan 2022 iini, Mechamato sebagai ‘Adiwira Kita’ digambarkan bakal membakar semangat dan memberi inspirasi kepada semua agar lebih yakin untuk melangkah lebih jauh di persada antarabangsa.

“Mechamato sudah bersiaran di negara-negara Asia Pasifik, Jepun, Korea Selatan, Australia, Taiwan dan sebagainya. Selepas pengumuman rasmi siaran Mechamato ditayangkan di Portugal,bulan lepas, animasi ini terus mendapat perhatian dengan penambahan siaran di 40 buah negara baharu termasuk India, Turkiye, Timur Tengah dan Afrika,” katanya.

BERITA BERKAITAN Little Ammar & Mina Mila animasi terbaharu slot Jaguh Kartun

Selain itu, siri animasi berkenaan bakal menemui rakyat Malaysia di saluran utama stesen televisyen tempatan (TV9 dan TV3), penstriman NETFLIX dan saluran Youtube MONSTA bermula Oktober ini, manakala tayangan filem ‘Mechamato Movie’ bakal menemui penonton di pawagam seluruh negara pada Disember ini.

“Peminat di Indonesia dan Singapura juga bakal menonton siri animasi Mechamato di pelbagai rangkaian utama negara-negara tersebut bermula Oktober ini.

“Tonton siri animasi Mechamato sekarang di saluran Cartoon Network Asia, HBO GO, Astro Prima dan di aplikasi Astro Go. MONSTA ingin mengucapkan selamat Hari Kebangsaan 2022 dan Hari Malaysia ke-59 kepada semua, mari bersama-sama meletakkan nama negara di pentas dunia,” katanya.

Video khas berkaitan perjalanan siri animasi Mechamato di persada antarabangsa boleh ditonton di saluran Youtube MONSTA dan stesen TV tempatan bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaan 2022 dan Hari Malaysia 2022.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Dua anggota MALBATT cedera akibat serangan udara di Lubnan

DUA anggota Batalion Malaysia (MALBATT) 850-13 cedera ringan selepas konvoi logistik yang mereka sertai terkena kesan sampingan daripada satu...

More Articles Like This