Bayi lelaki 6 bulan maut, ibu ditahan, bapa diburu polis

Dari Penulis

POLIS menahan seorang wanita selepas seorang bayi lelaki berusia enam bulan disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Tunku Azizah.

Wanita berusia 34 tahun yang juga ibu mangsa ditangkap di lobi utama hospital tersebut pada pukul 8.40 malam tadi.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Esha berkata, mangsa merupakan anak ketiga, disahkan meninggal dunia pada pukul 4.30 petang semalam.

“Pegawai perubatan di Zon Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Tunku Azizah telah menerima mangsa dalam keadaan tidak sedarkan diri akibat muntah dan sawan pada Sabtu pukul 5.30 petang.

“Hasil pemeriksaan dijalankan pengadu mendapati terdapat unsur penderaan dimana ada kesan lebam di paha kanan dan kening mangsa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Baca artikel berkaitan : Bayi 10 bulan maut selepas hantar ke rumah pengasuh

Tambahnya, wanita itu tidak mengaku membunuh mangsa, tetapi mendakwa mangsa mengalami kecederaan di dahi dan kening akibat terjatuh dari katil semasa dalam jagaannya beberapa hari sebelum dibawa ke hospital,” ujarnya.

“Semakan mendapati suspek yang menetap di Kampung Klang Gate dan bekerja sebagai pembantu kedai elektrik tidak mempunyai sebarang rekod jenayah

“Saringan awal air kencing mendapati suspek bebas dari sebarang jenis dadah,” kata Mohamad Farouk.

Ujarnya, polis kini giat mengesan suami suspek berusia 31 tahun warga Indonesia bagi membantu siasatan.

Mohamad Farouk berkata, suspek akan dihadapkan ke Mahkamah Ampang bagi tujuan reman dan kes kini disiasat dibawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sehubungan itu, orang awam yang mempunyai maklumat berkenaan kejadian ini boleh berhubung dengan pihak polis Ibu Pejabat Daerah Ampang Jaya di talian 03-42897222.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Malaysia tidak boleh bergantung kepada sistem pendidikan semata-mata – PM

MALAYSIA tidak boleh bergantung kepada sistem pendidikan semata-mata untuk melahirkan tenaga kerja masa hadapan yang benar-benar memenuhi tuntutan industri. Perdana...

More Articles Like This