MAHKAMAH Arab Saudi mengekalkan hukuman penjara 10 tahun ke atas bekas Imam Masjidil Haram selepas beliau mengkritik pihak berkuasa yang bertanggungjawab mengawal selia industri hiburan di negara tersebut kerana membenarkan penganjuran konsert.
Mahkamah rayuan Jenayah Khas di Riyadh membatalkan pembebasan Sheikh Saleh Mohammed al-Talib sekali gus menyaksikan hukuman penjara terhadapnya dikekalkan.
Sheikh Saleh ditahan pada 2018 selepas menyampaikan khutbah yang mengecam penganjuran konsert dan acara keramaian yang menyimpang daripada ajaran agama dan budaya Arab Saudi.
“Mahkamah Rayuan Jenayah Khusus di Riyadh mengekalkan hukuman penjara 10 tahun kepada Imam Masjidil Haram, Syeikh Saleh Al Talib.
BERITA BERKAITAN Selepas dua tahun, ribuan jemaah kembali berbuka puasa di Masjidil Haram
“Ini juga sekali gus membatalkan keputusan pembebasan terhadapnya sebelum ini,” kata Pertubuhan untuk Demokrasi di Dunia Arab (Dawn) melalui Twitter, semalam.
Penahanan Sheikh Saleh dilakukan ketika Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed Salman, meneruskan usaha reformasi masyarakat dengan menahan mana-mana pihak termasuk tokoh ulama yang mengkritik agenda pembaharuan.
Sheikh Saleh mempunyai pengikut yang ramai di seluruh dunia, dengan ribuan menonton khutbah dan bacaan al-Qurannya di YouTube. – AGENSI
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

