SEORANG pegawai polis maut selepas terbabit dalam kemalangan di Kilometer 35, Jalan Kuala Lumpur- Ipoh, Serendah pukul 6.10 pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Asisten Komisioner Arsad Kamaruddin berkata, mangsa dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke IPD itu bagi menghadiri tugasan kawad kawalan kehormat sempena Majlis Serah Menyerah Ketua Polis Daerah Hulu Selangor.
Beliau berkata, mangsa berusia 31 tahun dipercayai telah hilang kawalan lalu terjatuh sendiri di atas jalan raya sebelum dilanggar sebuah kenderaan.
“Mangsa disahkan meninggal dunia akibat cedera parah di pinggang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Baca artikel berkaitan : Inspektor maut digilis lori dekat Lebuhraya Grand Saga
Sehubungan itu, polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kemalangan untuk tampil ke balai polis bagi tindakan lanjut.
Katanya, kes kini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

