POLIS mengesan rakan penjenayah yang terlibat dalam kejadian curi di sebuah pasar raya Tebrau, Johor, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, dalam kejdian itu, suspek utama seorang wanita telah ditahan, manakala rakan lelakinya berjaya melepaskan diri.

Rakan suspek, Muhammad Firdaus Shamsudin, 33, berjaya melarikan diri dengan menaiki sebuah kereta Honda City dengan nombor pendaftaran WD9391A.

Katanya, Muhammad Firdaus mempunyai tujuh rekod lampau dalam kecurian dalam bangunan, dua rekod jenayah, sebuah rekod dadah dan dua rekod orang dikehendaki polie melibatkan dadah,

Beliau berkata, suspek telah memandu secara berbahaya sehingga melanggar sebuah motosikal dan kereta yang berada di parkir sewaktu cuba ditahan oleh orang awam.

Mengulas lanjut, polis telah menerima aduan daripada pengurus pasar raya pada pukul 10.44 malam.

“Pengadu memaklumkan seorang wanita tempatan berusia 31 tahun yang terlibat dalam kejadian curi berjaya ditahan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Baca artikel berkaitan : 31 individu ditahan curi barang di pasar raya ketika banjir

Mengulas lanjut, pengadu menyedari kejadian terbabit berlaku pada pukul 7.15 petang apabila mendapati kedua-dua suspek membawa barang keluar melalui mesin pengesan layan diri tanpa membuat bayaran.

Katanya, turut dirampas pelbagai jenis coklat, sepeket Gavinscon, sebuah penyangkut barang dan pemegang telefon kesemuanya bernilai RM 952.19.

Jelasnya, ujian saringan air kencing mendapati suspek wanita positif dadah jenis methamphetamine dan ditahan reman selama empat hari.

“Suspek juga mempunyai tiga rekod lampau membabitkan kesalahan dadah”.

Sehubungan itu, kes kini disiasat di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram