Pusat Kecemerlangan RISDA, jalan empat lorong di Padang Terap – PM

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

KERAJAAN akan mewujudkan sebuah Pusat Kecemerlangan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) di Padang Terap dengan kos sebanyak RM15 juta.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Pusat Kecemerlangan RISDA itu akan melatih anak-anak tempatan di Padang Terap untuk mendalami pelbagai perkara berkaitan getah.

Menurut beliau, ia sebagai persediaan sebelum ditempatkan untuk bekerja di Kedah Rubber City yang akan dibangunkan di daerah berkenaan.

Pada masa sama, Perdana Menteri turut mengumumkan kerajaan bercadang membangunkan jalan empat lorong menghubungkan Pokok Sena ke Durian Burung, Padang Terap.

Beliau berkata, penaiktarafan jalan itu bakal menjadikan Kuala Nerang sebagai bandar pilihan pelancong dari Thailand.

“Apabila saya ke Thailand berjumpa dengan Perdana Menteri Thailand, kami berdua bersetuju untuk membangunkan kawasan-kawasan bandar bersempadan antara Malaysia dan Thailand.

“Ini kerana hampir separuh iaitu kira-kira RM10 bilion daripada jumlah perdagangan Malaysia-Thailand disumbangkan perdagangan di sempadan.

“Oleh kerana Padang Terap terletak berhampiran sempadan, kita bercadang membangunkan jalan empat lorong itu.

Baca artikel berkaitan: Padang Terap berpotensi jadi daerah maju waktu terdekat – PM

“Insya-Allah Padang Terap akan menjadi lebih maju, bukan sahaja sebagai sebuah kawasan industri dengan adanya Kedah Rubber City, kedatangan pelancong juga akan bertambah ramai dengan adanya jalan empat lorong,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena program ‘Kenuri Rakyat’ Keluarga Malaysia di Sekolah Kebangsaan Kuala Nerang, Padang Terap, hari ini.

Sementara itu, Perdana Menteri berkata, kerajaan sentiasa menjaga kepentingan rakyat terutama masyarakat luar bandar dan golongan berpendapatan rendah (B40).

Katanya, sebanyak RM80 bilion subsidi dibelanjakan kerajaan walaupun pada asalnya hanya RM32 bilion diperuntukkan dalam Belanjawan 2022.

“Apabila harga minyak dunia naik, kalau kita biarkan mungkin RM4 lebih untuk satu liter RON95 tapi kita berikan subsidi supaya harga tak naik.

“Sama juga apabila harga minyak sawit melonjak, ia bagus kepada penanam kelapa sawit tapi kita terpaksa meningkatkan juga subsidi kerana kalau tidak harga minyak masak akan membebankan seluruh rakyat.

“Tarif elektrik juga begitu, 60 peratus arang batu kita beli dari Indonesia, tahun depan subsidi akan mencecah RM17 bilion kerana kenaikan harga arang batu.

“Indonesia merupakan pengeluar arang batu dunia dan eksport ke Malaysia tetapi mereka menaikkan tarif elektrik. Kita yang beli arang batu tak naikkan tarif kerana mahu menjaga kepentingan rakyat,” jelas beliau.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

UMNO berhak tentukan hala tuju sendiri menjelang pilihan raya – Asyraf Wajdi

UMNO menegaskan parti itu mempunyai hak mutlak untuk menentukan pendirian dan hala tuju politiknya sendiri menjelang mana-mana pilihan raya,...

More Articles Like This