Dakwa Presiden tak mewakili parti, kenyataan Hadi cuba pecah belah UMNO – Shahril

Dari Penulis

KETUA Penerangan UMNO, Shahril Hamdan membidas kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang dilihat cuba memecah belah UMNO.

Ini apabila Abdul Hadi pada sidang media di Alor Setar hari ini mendakwa Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tidak mewakili suara sebenar parti itu.

Abdul Hadi memberi respons itu susulan kenyataan Ahmad Zahid semalam yang menegaskan keputusan UMNO untuk bergerak solo pada Pilihan Raya Umum Ke-15 disebabkan tindak-tanduk Pas sebelum ini yang ‘mandi banyak kolam’.

Baca: Pas sentiasa main selamat, mandi beberapa kolam โ€“ Zahid

Tiada kerjasama babit perkara dosa, rasuah dan salah laku โ€“ Abdul Hadi

Berikut kenyataan penuh Shahril Hamdan.

Semenjak Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2020 lagi parti UMNO sudah berusaha untuk teruskan kerjasama bersama PAS. Sehingga di PRN Melaka, permintaan UMNO hanya untuk PAS menggunakan logo sendiri. Namun semenjak kebelakangan ini, balasan PAS terhadap UMNO:

25 Januari 2022: Tiada pawang mampu rawat UMNO kecuali kekalahan – Mokhtar Senik

27 Januari 2022: Itik kaki patah ini, bila sembuh nak berenang sendiri – Haji Hadi

28 Januari 2022: Hadi beri amaran kepada โ€˜kluster mahkamahโ€™ Umno, bantah strategi cetus PRN

SHAHRIL HAMDAN

5 Mac 2022: UMNO sudah lumpuh dan berpenyakit – Haji Hadi

5 Mac 2022: Haji Hadi ajak pengundi Johor hukum UMNO

11 Mei 2022: Ketua Penerangan PAS menyatakan bahawa PAS menjamin agenda penyatuan ummah akan diteruskan walaupun Presiden UMNO โ€˜menolakโ€™ agenda ini.

22 Mei 2022: Individu tolak MN sebenar Nyawa Nyawa Ikan – Sanusi

11 Jun 2022: Zahid desak PRU15 awal kerana takut dipenjara – Sanusi

Julai 31 2022: Hadi dakwa penubuhan MN tertangguh kerana UMNO buat masalah.

Ogos 13 2022: UMNO boleh ‘menumpang’ kekuatan PAS di Kedah jika ia berhasrat untuk bekerjasama di negeri itu.


Hanya mahu sebut beberapa perkara ringkas:

1) UMNO tak mencari musuh tapi seakan dimusuhi. Termasuk oleh individu-individu tertentu dalam PAS. Beberapa kenyataan di atas menjadi contoh rujukan.

2) Sebarang usaha untuk cuba pecahkan UMNO dengan dakwaan kononnya Presiden keseorangan dan tidak mewakili parti, akan gagal.

Sebarang keputusan besar akan melalui keputusan musyawarah kepimpinan, baik Top 5 atau MKT.

3) Yang boleh bercakap untuk UMNO tentulah pemimpin UMNO; bukannya PAS. Jadi Presiden UMNO lah yang boleh bercakap bagi pihak UMNO. Takkan Presiden PAS pula lebih arif hal UMNO dan mengajar ahli UMNO. Itu bukan kerja kawan.


Jadikan UtusanTV โ€˜shortcutโ€™ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layariย utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik โ€˜Add to Homescreenโ€™

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami diย TikTok,ย Facebook,ย Twitter,ย Instagramย &ย Telegram

Berkaitan

72 pekerja asing dicekup dalam serbuan medan selera di Johor Bahru

SERAMAI 72 pekerja asing ditahan dalam operasi bersepadu membabitkan beberapa premis makanan di sekitar bandar raya Johor Bahru selepas...

More Articles Like This