KELAB Menembak Sasaran Shapadu (KMSS) yang terletak di Putrajaya bakal memberi pengalaman baharu buat peserta Piala DSS 2022, esok.
Sebagai antara lapang sasar menembak terbuka yang terbesar di Malaysia, KMSS disifatkan lokasi penganjuran pertandingan menembak terbaik negara.
Lapang sasar yang menempatkan 17 lurah menembak itu juga mempunyai fasiliti melebihi lapang sasar lain.
Sehubungan itu, Pengarah Program Piala DSS 2022, Mohamad Hamdan Abu Bakar berkata, KMSS akan memberi cabaran berbeza buat peserta kejohanan berkenaan.
Menurut beliau, peserta akan berentap dalam tiga kategori iaitu Stage Challenge, Side Arms dan Falling Plate berpasukan.
“KMSS merupakan lokasi terbaik untuk apa sahaja kejohanan menembak dan atas dasar itulah kita memilih lokasi ini untuk menganjurkan Piala DSS 2022.
“Bagaimanapun, peserta hanya dibenarkan menggunakan senjata jenis 9mm caliber, caliber 40 dan revolver,” katanya kepada UtusanTV.
Baca artikel berkaitan: Kejohanan Menembak Piala DSS tarik penyertaan 100 peserta
Mengulas lanjut, Mohamad Hamdan memberitahu, seramai 100 peserta telah mengesahkan penyertaan mereka dalam Kejohanan Menembak Piala DSS 2022 itu.
Jelas beliau, kejohanan tersebut telah mendapat sambutan hangat terutama dalam kalangan kelab-kelab menembak seluruh negara.
“Namun, kami terpaksa mengehadkan penyertaan setakat 100 peserta memandangkan ini merupakan kejohanan selama satu hari sahaja,” katanya.
Bukan itu sahaja, KMSS turut dijadikan lokasi latihan pusat buat pasukan negara untuk ke kejohanan peringkat antarabangsa.
Selain kejohanan menembak, KMSS turut menjadi lokasi penganjuran pelbagai aktiviti sukan lasak termasuk motosikal berkuasa tinggi dan basikal.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

