Benarkah umat Islam sebenarnya lebih sampah dari sampah?

Dari Penulis

Seorang rakan yang hobinya setiap tahun melancong ke luar negara berkongsi pengalamannya, “Tidak sukar untuk membezakan antara negara Islam dengan bukan Islam. Jika ke negara bukan Islam, agak sukar untuk melihat sampah sarap dibuang merata-rata, tetapi di negara Islam, di mana sahaja kita boleh jumpa sampah.”

Jika berkesempatan dan punya rezeki lebih cubalah melawat ke negara-negara seperti Jepun atau Korea. Kedua-dua negara itu memang terkenal dengan masyarakat yang pembersih terutamanya Jepun. Masyarakat Jepun ada semacam satu semangat, mahu sentiasa kelihatan bagus di mata pelancong.

Kalau tidak percaya berjalanlah sepanjang lorong atau jalan raya di sekitar bandarnya, semua orang sibuk menyapu, membasuh, mengelap dan memungut sampah di kawasan siar kaki. Pemandangan seperti itu adalah lumrah pagi di Jepun, setiap orang mempunyai tanggungjawab menjaga jalan atau lorong yang terdapat di bandar.

Tidak akan kelihatan orang membuang sampah merata-rata kerana konsepnya sampah anda adalah barang peribadi anda. Malah di sepanjang jalan tidak ada tong sampah yang disediakan untuk kegunaan awam, maksudnya anda harus menyimpan sampah anda di dalam beg untuk dibawa pulang. Satu lagi sebab mengapa tidak ada orang membuang sampah merata-rata kerana budaya masyarakat Jepun yang menganggap makan dan minum di tempat awam adalah biadab.

Sama juga halnya dengan Korea Selatan, hendak mencari tong sampah susah sangat. Tidak ada tong sampah bukannya bermaksud sampah boleh dicampak sesuka hati di tepi jalan atau ke dalam sungai. Tidak ada sesiapa pun yang berani mencampakkan walaupun sepuntung rokok di tepi jalan. Semua sampah, bekas bungkusan makanan adalah hak milik peribadi yang perlu disimpan.

Cuba pandang pula negara-negara Islam, bagaimana? Letakkan tangan di dada, perhatikan keadaan sekeliling kemudian jawablah. Al Islam tidak akan memberikan jawapannya tetapi sekadar berkongsi cerita.

Adakah umat Islam tidak peka dengan aspek kebersihan. Sedangkan dalam Islam menjaga kebersihan itu merupakan sebahagian daripada iman dan menjadi tuntutan syariat. Jadi, ke mana pergi iman-iman mereka jika aspek kebersihan tidak menjadi keutamaan.

Tidak perlu pergi terlalu jauh. Lihat sahaja di sekeliling kita. Di mana-mana sahaja boleh didapati longgokan sampah, sedangkan Malaysia mempunyai majoriti rakyatnya yang beragama Islam. Cuba bayangkan Malaysia tanpa tong sampah, sedangkan selang lima meter ada tong sampah pun masih membuang sampah sewenang-wenangnya.

Lebih menyedihkan apabila sungai juga menjadi tong sampah. Andai sungai mampu menangis pasti ia tidak pernah kering, setiap saat ia akan mengalirkan air mata melihat kebiadaban manusia mencabul ‘kehormatannya’.

Jadi, persoalannya sejauh mana  pemahaman dan kepatuhan umat Islam terhadap tuntutan agama jika masih lagi mengabaikan aspek kebersihan yang menjadi teras kepada ibadah seseorang.

Sikap memainkan peranan yang amat penting. Tidak guna jika seseorang itu hanya menjaga hubungan dengan Allah, tetapi mengabaikan pula hubungan dengan alam dan sesama makhluk. Sedangkan dalam syariat Islam, kepentingan menjaga alam sekitar juga adalah satu ibadah yang wajib dipenuhi sebagaimana yang disebutkan dalam hadis Baginda s.a.w.

“Islam itu adalah bersih, maka jadilah kalian orang yang bersih. Sesungguhnya tidak masuk syurga kecuali orang-orang yang bersih.” (HR Baihaqi)

Sikap umat Islam sebenar

Bagaimana gambaran sebenar masyarakat Malaysia dengan sampah. Al Islam akan berkongsi sedikit pengalaman syarikat mengendalikan kutipan dan pengurusan sampah. Pengurus syarikat kutipan sampah, Mohd. Khairizal Kamal,  mengakui sememangnya minda masyarakat kita masih pada tahap kelas ketiga dan terlalu lemah dalam aspek menjaga kebersihan serta pengurusan sampah.

“Setiap kali pembersihan dan kutipan dibuat terutama di pasar malam, lebih kurang satu tan sampah ditinggalkan oleh peniaga dan pengunjung seperti plastik, sisa makanan, bekas makanan dan minuman dan berbagai lagi.  

“Sampah yang ditinggalkan itu pula bukannya dikumpulkan pada satu-satu kawasan, tetapi bersepah-sepah hingga memaksanya mengambil masa lebih tiga jam untuk dibersihkan. Inilah sikap sebenar masyarakat kita yang langsung tidak mencerminkan sahsiah Muslim yang sebenar,” ujar Mohd. Khairizal yang terpaksa bersengkang mata saban malam mengutip sampah-sarap di sekitar taman-taman perumahan serta pasar malam.

Tambahnya lagi, dia sangat kagum dengan sikap dan budaya yang dibawa oleh orang-orang Jepun dan Korea. Mereka begitu peka dalam aspek kebersihan. Ini dapat dilihat sewaktu kejohanan Bola Sepak Piala Dunia baru-baru ini yang mana mereka sanggup mengutip sendiri sampah-sampah yang ditinggalkan seusai perlawanan. Seharusnya budaya itu yang perlu diterjemahkan oleh umat Islam, tetapi sebaliknya pula.

Sepanjang lima tahun menguruskan sisa pepejal bersama enam orang pekerja, Khairizal berpendapat pihak-pihak yang terlibat perlu lebih berusaha dalam mendidik masyarakat tentang peri pentingnya sikap bertanggungjawab dalam menjaga kebersihan.

Selain itu perbanyakan lagi kempen kesedaran dan penguatkuasaan yang tegas agar masyarakat kita lebih prihatin terhadap masalah sampah seperti mana yang dilaksanakan di negara Singapura. Jangan hanya pandai berkata tetapi dari segi tindakan lesu tidak bermaya.

Harapannya, jika semua peringkat masyarakat dapat menggembleng tenaga dan mengubah sikap dalam menjaga kebersihan. Jika sikap itu boleh diubah maka tidak mustahil isu-isu global seperti banjir kilat yang kerap melanda ibu kota dan beberapa bandar dapat diatasi.

Ingatlah baik-baik, Islam sangat menitikberatkan aspek kebersihan dan penjagaan alam sekitar bagi menjaga kemaslahatan ummah. Ini dikuatkan dengan hadis Baginda s.a.w.

“Sesungguhnya Allah itu baik, Dia menyukai kebaikan. Allah itu bersih, Dia menyukai kebersihan. Allah itu mulia, dia menyukai kemuliaan. Allah itu dermawan, Dia menyukai kedermawan maka bersihkanlah olehmu tempat-tempatmu.” (HR Tirmizi)

Sekiranya diperhalusi dalam syariat Islam, kebersihan sahaja belum memadai tetapi ia harus disertai dengan kesucian. Maka itu dalam upaya membangun keseimbangan ini, konsep kefahaman yang menyeluruh perlu diterapkan agar kebersihan dan kesucian dapat berjalan dengan seiring.

Adalah sesuatu yang naif jika ia hanya bergerak tanpa seiring. Ini barangkali juga yang mengakibatkan mengapa orang Islam sering bersuci tetapi tidak bersih dan yang bukan Islam, mereka tidak bersuci tetapi mengamalkan kebersihan. Firman Allah surah al-A’la: 14

“Sesungguhnya mendapat kemenanganlah orang yang membersihkan dirinya.”  Wallahu a’lam

___________________________________

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Untuk lebih berita terkini sila layari laman web kami di https://utusantv.com/ atau ikuti media sosial rasmi UtusanTV:

Facebook: https://www.facebook.com/utusantv

Twitter: https://twitter.com/UtusanTV

Instagram: https://www.instagram.com/utusantv/?hl=en

#utusantv #urtv #mastika #saji #wanita #hijabfesyenFacebookTwitterEmailWhatsAppTelegramLinkedInShareFacebookTwitterEmailWhatsAppTelegramLinkedInShare


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Petisyen ‘Remove Rohingya from Malaysia’ raih 319,546 tandatangan

PETISYEN 'Remove Rohingya from Malaysia' yang menggesa penghantaran pulang pelarian etnik Rohingya dari Malaysia atau menempatkan mereka semula di...

More Articles Like This