SUKAN menembak merupakan aktiviti sukan yang mungkin kurang mendapat perhatian peminat sukan tanah air.
Namun begitu, bagi peminat sukan ini terutama dalam kalangan anggota penguatkuasa, sukan menembak amat digilai mereka.
Justeru, penganjuran Piala DSS 2022 hari ini yang diilhamkan Kelab Menembak Sasaran Shapadu (KMSS) disifatkan tepat pada masanya.
Walaupun dihadkan penyertaan kepada hanya 100 peserta, namun Piala DSS 2022 jelas menyerlahkan keupayaan KMSS sebagai lokasi kejohanan bertaraf antarabangsa.
Ketua Pasukan VAT69 Kategori Falling Plate, Koh Kia Yeow berkata, KMSS mempunyai fasiliti yang setaraf dengan lapang sasar terbuka di luar negara.

Katanya, kelebihan KMSS yang mempunyai banyak lurah menembak membolehkan lebih ramai peserta menyertai apa sahaja kejohanan yang dilangsungkan di situ.
“Saya sangat berpuas hati dengan lapang sasar KMSS ini kerana fasiliti yang cukup sesuai.
“Malah, saya merasakan KMSS berkeupayaan untuk menganjurkan kejohanan bertaraf antarabangsa,” katanya kepada UtusanTV hari ini.
Piala DSS 2022 yang julung kali diadakan itu menyaksikan Pasukan VAT69 diketuai Kia Yeow berjaya menggondol trofi bagi kategori Falling Plate.
Baca artikel berkaitan: Piala DSS 2022 permulaan baik peminat sukan menembak
Selain Kia Yeow, pasukan itu turut dianggotai Mohd. Khairul Azuan Abd. Wahab; Petrus Anai dan Mohd Nazrey Abu.
Lebih manis, Mohd. Khairul Azuan turut berjaya menjuarai kategori Stage Challenge.
Bagi satu lagi disiplin iaitu Side Arms, Mohd Noor Hamid mewakili Tentera Darat Malaysia.

Kesemua hadiah disampaikan oleh Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.
Turut hadir, Presiden KMSS, Dato’ Sri Shafiz Shahrani.
Sementara itu, Mohd. Khairul Azuan menyifatkan penganjuran Piala DSS 2022 ini berjalan dengan sangat baik dan teratur.
Jelas Mohd. Khairul Azuan, kejohanan sedemikian juga boleh menarik minat orang awam menyertai sukan menembak.
“Saya sangat gembira dengan penganjuran kali ini dan lebih gembira apabila berjaya menang dalam kategori Stage Challenge.
“Fasiliti di sini sangat baik, malah lurah menembak juga mengikut keluasan sebagaimana antarabangsa.
“Satu lagi kelebihan KMSS ini adalah lokasinya sangat strategik di Putrajaya,” jelasnya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

