Warga emas bertindak mengurungkan diri dengan membina tembok simen. GAMBAR: Bomba.

SEORANG warga emas yang mempunyai masalah mental bertindak membakar kereta miliknya sebelum mengurungkan diri di dalam rumah dengan membina tembok simen.

Kejadian berlaku di Jalan Cengal Selatan, Taman Setapak, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah mengesahkan menerima maklumat membabitkan kejadian daripada jiran warga emas terbabit.

Jelasnya, warga emas berbangsa Cina terbabit tinggal sendirian di rumah tersebut dan merupakan pemegang kad pesakit mental dari Hospital Kuala Lumpur.

“Jiran suspek terlihat aksi suspek membakar kereta sebelum bertindak menghubungi polis.

“Malah warga emas terbabit juga masuk ke dalam rumah sebelum memasang simen di hadapan pintu,” katanya ketika dihubungi UtusanTV.

Mengulas lanjut, suspek sebelum ini juga pernah mengunci dirinya dengan memasang 20 mangga rumah.

Baca artikel berkaitan : Pesakit mental pecah masuk rumah bakar langsir ditahan

Ashari berkata, suspek telah dibawa ke hospital bagi rawatan lanjut dan menafikan kejadian terbabit berpunca dari khianat.

Sementara itu, Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada polis pada pukul 9.45 malam.

Beliau berkata, sepasukan sembilan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Setapak telah dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Bomba tiba 13 minit kemudian dan pihak polis meminta bantuan untuk memotong mangga pintu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, pihak bomba bertindak memecahkan tembok simen bagi memotong mangga yang berkunci sebelum berjaya mengeluarkan seorang warga emas di dalam rumah.

Katanya, operasi tamat sepenuhnya pada pukul 12.05 tengah malam dan mangsa diserahkan kepada polis bagi tindakan lanjut.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram