SEORANG warga emas berdepan detik cemas apabila kaki kanan tertusuk sebatang paku dalam kejadian di Jalan AU1C/2E, Taman Keramat Permai, petang tadi.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada pukul 4.51 petang.
Beliau berkata, sepasukan tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Ampang telah dikerahkan ke lokasi kejadian.
“Bomba tiba 17 minit kemudian dan mendapati mangsa, seorang lelaki berusia 76 tahun telah tertusuk sebatang paku di kakinya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Baca artikel berkaitan: Budak 9 tahun mengerang kesakitan tertusuk tongkat basikal
Jelasnya, pihaknya bertindak memecahkan batu simen bagi mengeluarkan paku yang terlekat pada batu simen dan kaki mangsa dengan menggunakan peralatan “percusive tools”.
Norazam berkata, mangsa berada dalam keadaan stabil sebelum dihantar ke klinik berhampiran dan operasi tamat pada pukul 6.17 petang.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

